Laporan Perlawanan Piala Eropah 2016: Wales v Ireland Utara (1-0)

Ia adalah hari yang cukup kejam untuk bolasepak Ireland Utara. Mereka mengakhiri kempen indah mereka dengan jaringan sendiri oleh Gary McAuley. Detik yang tak akan dilupakan McAuley dan seluruh warga Ireland Utara.

Wales pula meneruskan kisah dongeng bolasepak mereka. Wales akan ke Lille pada hari Jumaat depan, menanti sama ada Belgium atau Hungary.

Wales semakin menghampiri rekod pada Piala Dunia 1958 apabila mereka berjaya mara ke suku akhir dalam kejohanan besar.

Ireland bertahan dengan baik

Sepanjang perlawanan, gandingan Bale dan Aaron Ramsey telah ‘didiamkan’ oleh  McAuley dan Jonny Evans.  Di tengah padang pula Noorwood berjaya mengawal bahagian itu dengan baik.

2720

Taktikal Ireland adalah untuk mengecewakan apa sahaja yang cuba dilakukan oleh Wales dan cuba melancarkan counter attack.

Ancaman Ireland Utara

Stuart Dallas, dua kali memaksa penjaga gol Wales, Wayne Hennessey untuk melakukan saves dalam 22 minit pertama.

Manakala Lafferty seharunsya melakukan yang lebih baik apabila menerima hantaran silang Jonny Evans.

Pemain wingback Wales Chris Gunter kemudiannya bekerja keras untuk menafikan cubaan Craig Cathcart yang menyambut sepakan percuma Norwood.

Wales tumpul

Wales yang sebelum ini sangat tajam dengan kemenangan 3-0 ke atas Russia, kali ini nampak serba tak menjadi di hadapan gol.

Wales kemudian terpaksa meningkatkan intensiti permainan pada separuh masa kedua. Mereka mahu beraksi lebih pantas. Namun mereka telah dicabar hebat di semua bahagian oleh Ireland Utrara.

Sam Vokes mempersia-siakan peluang keemasan pada minit ke-53. Beliau menanduk liar hantaran daripada Aaron Ramsey.

Inspirasi Bale

Wales nampak tertekan dan Gareth Bale sekali lagi menjadi inspirasi mereka apabila beliau meningkatkan ancaman ke arah kubu Ireland Utara.

Bale melakukan sepakan percuma menarik namun diselamatkan McGovern.
5472 (1)

3212

Ketika Wales dilihat agak sukar mencapai apa apa dalam perlawanan ini, Bale akhirnya melakukan magis sekali lagi.

Bale menerima bola dari Ramsey di hujung kawasan kotak penalti. Beliau  kemudian melorongkan hantaran silang yang rendah.

McAuley, ditekan oleh Hal Robson-Kanu dan beliau cuba untuk menghalang bola daripada connected dengan Robson Kanu. Namun usaha beliau membawa kepada jaringan sendiri dan ia menjadi gol kemenangan Wales.

wales (1)

Ini adalah perlawanan pertama dalam Piala Eropah kali ini, Bale gagal menjaringkan gol untuk Wales.

Man of The Match

Jamie Chester (Wales)

Statistik

stats

Wales Mara !

Tahniah Wales kerana berjaya memenangi perlawanan yang sukar ini. Satu kempen yang mengujakan ramai pihak. Pasukan ini berpotensi untuk pergi lebih jauh.

[adrotate banner=”9″]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN