Perlawanan Akhir Piala FA 2017. Penyokong kedua-dua pasukan mulai membanjiri perkarangan Stadium Shah Alam sejak petang semalam.
Suasana semakin meriah menjelang hari perlawanan dengan lautan penyokong membawa warna merah dan biru untuk pasukan Pahang, hijau dan kuning untuk pasukan Kedah.
Menjelang pukul 6pm, Stadium Shah Alam sudah mulai dipenuhi oleh penyokong kedua-dua buah pasukan.
Separuh Masa Pertama
Kedah turun dengan kesebelasan utama yang sama ketika separuh akhir kedua menentang Terengganu. Pahang pula tampil dengan pemain import baru, Yamil Romero.
Penampilan Yamil Romero dianggap percubaan berani oleh jurulatih Dollah Salleh memandangkan pemain tersebut baharu menyertai pasukan kurang dari tempoh 72 jam.
5 minit pertama perlawanan, kedua-dua pasukan tampak gugup untuk menguasai permainan. Namun Kedah pantas mendapat rentak.
Larian Syazwan Zainon di sebelah sayap kiri sering menyukarkan Matthew Davies. Larian Syazwan menewaskan Davies pada minit ke-20, sebelum hantaran lintang rendah beliau mudah ditolak masuk oleh Ken Iliso.
Minit ke-24 perlawanan, Kiko Insa dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawannan, Nagor Amir Noor Mohamed untuk kad kuning pertama pada malam ini.
Kiko Insa dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Rizal Ghazali pada minit ke-31. Ini bermakna, Pahang harus bekerja keras untuk megimbangi perlawanan dengan 10 pemain.
Kedah terus mengusai perlawanan dengan Pahang sekali sekala cuba untuk mencari ruang menyerang kubu Kedah.
Pada minit ke-45 perlawanan, Syazwan Zainon sekali lagi melepasi benteng pertahanan Pahang dengan lariannya. Kali ini, hantaran rendah beliau mudah ditolak masuk oleh Baddrol Bakhtiar.
3 minit masa tambahan, nyata perlawanan masih hangat. Pahang memperolehi sepakan penjuru. Pergelutan di depan gol pasukan kedah memberikan ruang kepada Heo Jaewon.
Percubaan Jae Won terbias oleh pertahanan Kedah sebelum menewaskan Mohd Ifwat untuk merapatkan kedudukan kepada 1-2 sejurus sebelum tamat separuh masa kedua.
Separuh Masa Kedua
Seperti dijangka, Pahang tidak akan berdiam diri untuk memburu gol penyamaan. Serangan bertali arus dari bahagian sayap jelas sekali.
Mamadou Sumareh di sebelah kanan. Wan Zaharulnizam di sebelah kiri ligat mencari ruang menggempur kubu Kedah.
Namun Pahang dikejutkan oleh jaringan Kedah pada minit ke-72 perlawanan. Ken Iliso yang berjaya melepasi pertahanan Pahang, melakukan satu hantaran lintang yang gagal ditepis kemas Muhammad Azraie.
Baddrol mudah menolak bola ke gawang yang kosong untuk meletakkan Kedah selesa mendahului 1-3.
Pahang tidak mudah berputus asa. Sumareh menanduk kencang hantaran lintang dari sebelah kiri untuk merapatkan kedudukan 2-3.
Perlawanan terus dikuasai oleh Pahang. Beberapa gerakan dan peluang terhidang gagal dimanfaatkan. Kemasukkan Ashari Samsudin menggantikan Wan Zaharulnizam merancakkan serangan Tok Gajah.
Pertahanan Kedah jelas sibuk sepanjang 45 minit perlawanan separuh masa kedua. Beberapa sepakan percuma dan penjuru, dipatahkan oleh Kedah yang jelas bertahan pada babak kedua perlawanan akhir ini.
4 minit masa kecederaan diberikan oleh pengadil perlawanan, menyaksikan Pahang terus mengasak. Namun skuad Dollah Salleh terus buntu untuk mengheret perlawaan ke masa tambahan.
Penutup
Pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat dan Kedah menewaskan Pahang 3-2 untuk muncul juara Piala FA 2017. Baddrol Bakthiar turut dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
Tahniah buat pasukan Kedah Darul Aman!