Benarkah Skuad India B-17 Tewaskan Itali B-17? Ini Cerita Sebenarnya

Semalam kami ada melaporkan skuad bola sepak India bawah-17 berjaya menewaskan skuad Itali bawah-17 2-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Arezzo, Itali.

Perlawanan persahabatan ini adalah sebahagian daripada persiapan India menjelang Piala Dunia Bawah-17 yang bakal dihos oleh India pada Oktober ini.

Ia nyata berita yang menggembirakan rakyat India susulan berita ranking FIFA negara mereka yang naik ke kedudukan 100 ke atas. Ramai peminat bola sepak dan selebriti di India memuji perkembangan positif tersebut di media sosial.

Peminat-peminat bola sepak Asia pula berkata pembangunan bola sepak India boleh dijadikan contoh.

Bagaimanapun akhbar India, Hindustan Times melaporkan semalam bahawa Kesatuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) mungkin telah ‘menipu’ rakyat India (dan media seluruh dunia termasuk kami).

Benarkah India B-17 kalahkan Itali B-17?

Dalam laporan akhbar tersebut, AIFF didakwa telah menyeleweng fakta sebenar.

Skuad Itali bawah-17 yang didakwa oleh AIFF telah dikalahkan oleh skuad India, sebenarnya merupakan skuad pemain-pemain bawah-17 dari gabungan pasukan-pasukan divisyen ke-3 dan ke-4 Itali. Bukannya skuad Itali bawah-17 yang sebenar.

Laman web rasmi Lega Pro – divisyen ke-3 Itali – melaporkan India telah menewaskan skuad bawah-17 yang dipilih daripada kelab-kelab divisyen ke-3 dan ke-4 Itali.

Berikut merupakan senarai nama pemain ‘skuad bawah-17 Itali’ dan kelab yang tewas kepada skuad India bawah-17:

  • Federico Brancolini (Modena)
  • Edoardo Corvi (Parma)
  • Francesco Micheli (Albinoleffe)
  • Simone Della Morte (Lucchese)
  • Davide Missaglia (Cremonese)
  • Marco Ruggero (Padova)
  • Antonio Vitale (Modena)
  • Nicolo Maffini (Carrarese)
  • Alessio Gianneschi (Robur Siena)
  • Antonio Marrone (Juve Stabia)
  • Matteo Bertollo (Bassano Virtus)
  • Michael Fibiano (Juve Stabia)
  • Alberto Maroni (Mantova)
  • Alessandro Ramello (Alessandria)
  • Alessandro Galeandro (Albinoleffe)
  • Davide Rosso (Padova)
  • Davide Rodolfi (Albinoleffe)
  • Alessandro Davitti (Modena)

Berikut pula merupakan senarai nama pemain skuad bawah-17 Itali yang sebenar:

  • Simone Ghidotti (Fiorentina)
  • Marco Carnesecchi (Cesena)
  • Raoul Bellanova (AC Milan)
  • Antonio Candela (Spezia)
  • Matteo Anzolin (Vicenza)
  • Davide Bettella (Inter Milan)
  • Alex Campeol (AC Milan)
  • Gabriele Bellodi (AC Milan)
  • Andrea Rizzo Pinna (Atalanta)
  • Elia Visconti (Inter Milan)
  • Fabrizio Caligara (Juventus)
  • Roberto Biancu (Cagliari)
  • Hans Nicolussi Caviglia (Juventus)
  • Emanuel Vignato (Chievo)
  • Manolo Portanova (Lazio)
  • Moise Kean (Juventus)
  • Davide Merola (Inter Milan)
  • Pietro Pellegri (Genoa)

Berita ‘penipuan’ AIFF ini turut disahkan oleh wartawan sukan Itali, Emanuele Giulianelli yang mengaku terkejut dengan pengakuan AIFF di laman web dan media sosial mereka.

“Saya rasa pelik kerana berita ‘kekalahan’ skuad bawah-17 kami ini tiada langsung di media Itali,” kata Giulianelli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN