Langkah Pertama Egy Maulana Di Slovakia Bermula ‘Sumbang’

Bintang bola sepak Indonesia, Egy Maulana gagal memberi impak yang baik pada aksi pertama beliau dalam saingan Slovak Super Liga bersama FC ViOn Zlate Moravce, apabila pasukan yang baharu disertainya itu mencatat kekalahan.

Kekalahan tersebut menjadikan Zlate Moravce terus kekal menghuni kedudukan terakhir carta liga setelah masih belum ada kemenangan diraih sepanjang lima perlawanan dihadapi mereka.

Pada perlawanan baru-baru ini, Zlate Moravce mencatat keputusan tewas di tangan MSK Zilina dengan keputusan 1-2 dengan menjadikan Egy beraksi buat kali pertama bersama kelab tersebut.

Egy ketika itu pada awal perlawanan bermula di bangku simpanan sebelum dimasukkan pada minit ke-19 untuk memperkukuhkan pasukan.

Pengendali pasukan, Jan Kocian memasukkan Egy untuk menggantikan Denys Balan yang dilihat kurang efektif pada perlawanan tersebut. Pemain Indonesia itu beraksi di posisi sayap kanan pasukan untuk memberi impak kreativiti serangan.

Namun segala yang diharapkan kurang menjadi buat pemain lincah tersebut untuk memberi sesuatu yang positif buat pasukan, apabila Egy telah dilayangkan kad kuning pada aksi sulungnya.

Dalam perlawanan tersebut, Egy telah dilayangkan kad kuning pertama oleh pengadil selepas baru sahaja lapan minit berada di atas padang kerana telah mencederakan pemain lawan.

Jika diikutkan, Zlate Moravce mampu untuk mengimbangi permainan lawan setelah mereka dilihat kembali stabil, namun disebabkan Egy yang kurang menonjol bersama rakan sepasukan lain, akhirnya tembok pertahanan kelab tersebut bolos pada minit ke-76 menurut Bola.com.

MSK Zilina berjaya memperoleh gol kemenangan tersebut menerusi David Duris yang mudah memanfaatkan hantaran daripada rakan sepasukan, Samuel Gidi.

Egy gagal untuk beraksi sehingga ke minit akhir perlawanan, apabila beliau selepas itu digantikan Sebastian Rak yang bermain sehingga ke wisel penamat.

Positifnya, pemain sayap Indonesia ini tidak menunggu lama untuk mendapat peluang beraksi bersama kelab saingan utama di Slovakia tersebut.

Egy mula menandatangani kontrak bersama Zlate Moravce pada 10 Ogos lalu dan pemain ini diberikan jersi bernombor 17 untuk membantu kelab tersebut tampil dengan lebih baik musim ini.

Musim ini juga menjadi musim kedua Egy beraksi di Slovakia setelah musim lalu beliau menjadi antara watak penting bersama FK Senica menerusi beberapa jaringan dilakar buat kelab tersebut.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN