Real Madrid terus mengekori rapat Barcelona yang sedang memimpin saingan La Liga 2019/20 selepas berjaya menundukkan Eibar 3-1 pada aksi di Estadio Alfredo Di Stefano, sebentar tadi.
Selain perlu mengamalkan norma baharu sebaik sahaja kembalinya aksi liga selepas hampir tiga bola tanpa aksi bola sepak, Real Madrid juga berdepan sedikit cabaran apabila terpaksa beraksi di gelanggang alternatif [Estadio Alfredo Di Stefano] berikutan Santiago Bernabeu yang sedang menjalani kerja pengubahsuaian.
?✅ ¡XI inicial ? @SDEibar! #RealMadridEibar | #RMLiga pic.twitter.com/wsJ6ejFDib
— Real Madrid C.F.⚽ (@realmadrid) June 14, 2020
XI ? @realmadriden pic.twitter.com/hi4CG47Q6e
— SD Eibar ???? (@SDEibarEN) June 14, 2020
Ini bermakna stadium yang merupakan gelanggang utama buat skuad Real Madrid Castilla itu akan digunakan oleh Sergio Ramos dan rakan sepasukannya [sebagai gelanggang tuan rumah] sehingga tamat musim 2019/20.
Keadaan tersebut bagaimanapun tidak langsung merencatkan perancangan skuad bimbingan Zinedine Zidane itu untuk memulakan kembali saingan liga dengan langkah kanan terutamanya pada aksi babak pertama.
Ia dibuktikan setelah Toni Kroos membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi percubaan menariknya yang berjaya ‘melemaskan’ penjaga gol Eibar, Marko Dmitrovic.
Kombinasi menarik ditampilkan Karim Benzema dan Eden Hazard nyata mencuri tumpuan apabila dua jaringan selepas itu terhasil berpunca daripada gandingan dua pemain tersebut.
Jaringan kedua terhasil pada minit ke-30 apabila serangan balas pantas dimulakan oleh Sergio Ramos yang kemudiannya mencari Benzema dan beliau melorongkan bola dengan cantik kepada Hazard.
Hazard tidak dikawal mana-mana pertahanan pasukan pelawat di dalam kawasan penalti mengumpan semula bola buat Ramos yang dengan mudah menyempurnakan peluang terhidang ketika pintu gol sudah pun terbuka luas.
Tidak cukup dengan itu, Marcelo melebarkan kedudukan berselang tujuh minit kemudian menerusi rembatan padu hasil kesilapan pertahanan Eibar yang tidak mengeluarkan bola dengan begitu baik dalam kawasan penalti.
Bagaikan mendapat tonik berguna pada waktu rehat, skuad bimbingan Jose Luis Mendilibar itu mempamerkan corak permainan lebih bertenaga sebaik sahaja aksi babak kedua bersambung.
Eibar memperolehi dua peluang terbaik dalam tempoh dua minit [minit ke-57 dan 58] untuk merapatkan jurang tetapi rembatan padu Edu Exposito berjaya ditepis keluar Thibaut Courtois.
Manakala, tandukan Sergi Enrich hasil hantaran menarik daripada Pedro Leon pula sekadar singgah di palang gol.
First goal of the season for @MarceloM12 in #LaLigaSantander! ?⚽️#RealMadridEibar pic.twitter.com/iK2QZ68hjM
— LaLiga English (@LaLigaEN) June 14, 2020
Pedro Bigas akhirnya menceriakan pasukan pelawat di minit ke-60 selepas keadaan kelam kabut dalam kawasan penalti Real Madrid mengakibatkan bola terkena belakang badan beliau lalu memerangkap Courtouis yang gagal mengelakkan gawangnya dari dibolosi.
Kemenangan ke-17 itu menyaksikan Real Madrid ketika ini mengumpul 59 mata, ketinggalan dua mata di belakang musuh tradisi, Barcelona.