Lampard Balas Semula Kenyataan Klopp Mengenai Polisi Perpindahan Chelsea

Frank Lampard

Pengurus Chelsea, Frank Lampard akhirnya memberikan respon beliau terhadap komen pengendali Liverpool mengenai polisi perpindahan mereka.

Sebelum ini, Klopp mengatakan yang pasukannya tidak mampu untuk menjadi seperti Chelsea di jendela perpindahan apabila kelab London itu menggunakan £200 juta untuk mendapatkan pemain-pemain utama.

Komen itu sampai ke pengetahuan Lampard, dan jelas sekali beliau gelak mendengar kenyataan itu.

Menurut laporan Goal, Lampard juga mengatakan yang Liverpool turut berbelanja besar dalam usaha memantapkan skuad dalam beberapa musim yang lalu.

“Kebanyakan kelab di era moden melakukan pengambilan pemain yang cukup baik dan mereka menggunakan wang yang banyak untuk itu.”

“Anda boleh lihat pemain Liverpool, Virgil Van Dijk, Alisson Becker, Fabinho, Naby Keita, Sadio Mane dan juga Mohamed Salah.”

“Pemain yang hebat hadir dengan harga yang sangat tinggi. Liverpool telah melakukannya dalam beberapa waktu ketika ini.”

“Kami pula baru kembali dari embargo perpindahan dan juga membaiki situasi kami untuk menaikkan prestasi kami.”

Kata Lampard lagi, semua orang tahu yang Liverpool telah berbelanja besar dan mempunyai jurulatih yang bagus.

Apa yang membezakan Liverpool dengan pasukan lain adalah mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada skuad dan jurulatih yang sama dalam beberapa tahun kebelakangan ini serta tidak begitu rancak menukar skuad mereka.

Chelsea mendapatkan Hakim Ziyech, Kai Havertz, Timo Werner dan Ben Chilwell untuk musim baharu ini.

Baca juga artikel kami mengenai Frank Lampard:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN