Apabila disebut lambreta, sudah pasti ramai yang kurang jelas atau tidak tahu langsung tentang istilah tersebut. Ia adalah satu trik (maneuver) yang disebut rainbow flick atau translasi langsungnya guntingan pelangi.
Terlalu banyak bahasa di dunia menyebut rainbow flick ini.
[table]
USA, Reverse flick-over/the rainbow flick
Brazil, Carretilha/Lambreta
Itali,Lambreta,
UK, Rainbow Flick/Ardiles Flick
Sepanyol,Arco Iris Spain,
Jerman,Okocha-Trick,
Perancis, Coup du Sombrero,
[/table]
Sejarah
Ia adalah satu skil dari bola sepak jalanan (street soccer). Ia seperti rutin wajib untuk pemain bola sepak gaya bebas (freestyler). Ia agak jarang digunakan oleh bola sepak profesional.
Ini kerana ia mempunyai kadar kejayaan yang agak rendah. Ia memerlukan pemain yang berkeyakinan dan berkemahiran tinggi.
Antara rainbow flick yang kami paling ingati adalah dari Ilhan Mansiz pada Piala Dunia 2002. Beliau menguis bola mengatasi Roberto Carlos dan memaksa Carlos melakukan faul.
https://www.youtube.com/watch?v=LMweaRDo09A
Sombrero muncul dalam filem terkenal Escape to Victory pada 1981. Watak Ossie Ardiles dalam filem tersebut membawa kepada nama Ardiles Flick di UK.
Pengarah filem tersebut menyatakan mereka terpaksa menggunakan trik dan kesan khas untuk memastikan flick tersebut nampak menarik.
Dalam permainan video, trik ini dimasukkan dalam FIFA 08. Ini kerana ia sangat popular di kalangan peminat bola sepak.
Konsep
Ia merujuk kepada skil untuk menewaskan pihak lawan dengan menyungkit/mengangkat bola melepas kepada pihak lawan. Oleh kerana gerakan bola yang melengkung seperti pelangi, ia digelar rainbow flick.
Ia dilakukan dengan pelbagai variasi. Yang paling popular adalah yang dilakukan dari belakang ke hadapan.
Anda boleh lihat variasi trik ini dalam video di bawah. Koleksi sombrero yang dilakukan Neymar. Beliau memiliki teknik yang pelbagai dari arah yang pelbagai.
https://www.youtube.com/watch?v=XGGLPgiV9v0
Jadi tidak hairanlah jika Neymar dijulang sebagai Raja Sombrero.
Rumusan
Sebelum ini kami bercerita tentang nutmeg. Dan kami melabel ia skil yang sangat tidak digemari oleh mangsa kerana mereka ‘dimalukan’.
Namun begitu, sombrero dianggap lebih memalukan daripada nutmeg. Dalam satu perlawanan liga Championship di antara Queens Park Rangers vs. Sheffield Wednesday.
Dalam perlawanan ini, pemain QPR menuduh pemain Sheffield Wednesday, Franck Songo’o sebagai ‘menghina’ mereka kerana melakukan trik ini.
Pada perlawanan final Copa Del Rey 2015, Neymar diserang oleh pemain Athletic Bilbao yang menyifatkan tindakan Neymar melakukan sombrero sebagai satu penghinaan kepada mereka.
Ini kerana mereka berpendapat Neymar tidak perlu melakukan skil itu dalam keadaan mereka sudah dalam keduduka 3-1 pada minit ke-85. Ini adalah sedutan video tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=d0weMRnQFRc
Itu sahaja perkongsian kami tentang lambreta ini. Anda ada pemain yang keluar dalam fikiran anda buat masa ini untuk rainbow flick ini?
Baca juga: