A-Z, Reviu Bola Sepak 2016 Dari SemuanyaBOLA

Kami mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang setia dengan semuanyaBOLA.

2016 adalah tahun yang penuh warna untuk bola sepak tempatan dan global. Kami bawakan reviu bola sepak sepanjang 2016.

A – Antlers

  • Shah Alam Antlers dengan rasminya menubuhkan kelab mereka pada musim ini. Ia menjadi inspirasi kepada beberapa kelab berasaskan komuniti yang lain. Penubuhan kelab ini adalah inspirasi daripada Kashima Antlers, SC Freiburg dan Wester Sydney Wanderers.  Perlawanan rasmi Shah Alam Antlers pada 17 Disember lalu dalam Klang Valley League. Mereka seri 1-1 dengan Ingress Tigers.

B – Ballon d’Or

  • Cristiano Ronaldo memenagni Ballon d’Or ke-4. Ia selepas Ronaldo membantu Real Madrid menang UCL, dan juga membantu Portugal menang Piala Eropah 2016. Ia musim cemerlang Ronaldo dengan turut menutup tahun 2016 dengan Juara Piala Dunia Kelab 2016. Adakah beliau akan memenangi FIFA Best?

C – Cruyff

  • Antara pemain dan jurulatih paling berpengaruh dalam bola sepak dunia yang sinonim dengan prinsip total football, Johan Cruyff telah menghembuskan nafas terakhir pada Mac 2016 kerana kanser paru-paru.

D – Diaz

  • Musim terbaik beliau di dalam liga Malaysia. Fenomena yang sukar dibendung oleh lawan di dalam padang. Tak lupa juga, kontroversi di dalam dan di luar padang termasuk isu status facebook panas.

    Johor Darul Ta’zim player Jorge Pereyra Diaz in action during 2016 Malaysia Super League match against Felda United at Larkin Stadium, Johor. Photo by rizanizam/www.asiana.my

E – Eder

  • Nama penjaring jaringan kejuaraan Piala Eropah 2016 untuk Portugal. Menamatkan penantian kejuaraan major pertama untuk negara Portugal

F – Faiz Subri’s Free Kick

  • Dari Malaysia sehingga ke seluruh dunia bercerita tentang gol yang melawan hukum fizik Faiz Subri. Beliau juga diletakkan sebagai calon pilihan untuk Puskas 2016.

G – Gerrard Bersara Penuh

  • Lagenda Liverpool mengumumkan persaraan penuh dari dunia bola sepak. Mendapat reaksi daripada rakan dan lawan dari seluruh dunia.

H – Hat Trik

  • Satu perkataan yang meniti bibir peminat JDT dan pemerhati bola sepak Malaysia. JDT berjaya menjuarai Liga Super untuk kali ke-3 berturu-turut.

I – Inspirasi Conte

  • Ramai agak skeptikal dengan sistem bek bertiga di dalam EPL. Namun Antonio Conte telah membawa Chelsea kepada 12 kemenangan daripada 12 perlawanan mereka bermain 3-4-3. Mereka dalam usaha untuk menyamai rekod Arsenal dengan 13 kemenangan berturut-turut pada 2001-02.

J –  Juara

  • JDT dan Melaka United masing-masing cemerlang untuk menjuarai Liga Super dan Liga Premier. Ia adalah musim cemerlang untuk kedua-dua pasukan dari Selatan tanah air.

K – Kelantan

  • Tahun 2016 adalah tahun yang paling sukar untuk Kelantan. Bermula dengan isu penjenamaan semula yang dijadikan bahan lawak sesetengah penyokong lawan. Mereka kemudian menerima berita KAFA mahu menarik diri dari Liga M musim 2017 jika gagal mendapat dana RM14.3 juta lagi untuk menambah duit dalam akaun yang cuma tinggal RM700 ribu. Pada beberapa minggu lalu, Perdana Menteri kita turut menggariskan isu bola sepak Kelantan dan memberikan bayangan beliau akan cuba membantu bola sepak Kelantan. Tidak lupa juga isu gaji pemain dan bekas pemain serta jurulatih yang terus menghantui mereka.

L – Lionel Messi

  • Messi mengumumkan persaraan dari bola sepak. Kemudian beliau menarik balik persaraan selepas ‘permintaan’ ramai peminat dan juga lagenda bola sepak Argentina

M – Magnificient 4

  • Thailand menghalang Indonesia daripada mememecahkan magnificient 4 (Thailand, Singapura, Malaysia, Vietnam) sebagai kelab juara rantau Asia Tenggara. Indonesia membawa bekalan 2-1 dari Jakarta namun masih gagal untuk menjadi juara Piala AFF Suzuki.

N – Nasib

  • Itulah yang paling tepat untuk menggambarkan Sukhothai, juara bersama  (co-winners) Piala FA Thailand. Mereka menang ke slot play-off Liga Juara-Juara AFC hasil dari undian menewaskan Chonburi. Undian digunakan kerana Thailand berkabung pada akhir musim liga selepas kemangkatan raja mereka.

O – Ong Kim Swee

  • Pada awal tahun 2016, Datuk Ong Kim Swee dilantik menjadi jurulatih Harimau Malaysia. Kejohanan utama pertama beliau adalah Piala AFF Suzuki. Malaysia gagal mara ke pusingan kalah mati. Datuk Ong menutup tahun 2016 dengan meletakkan Malaysia di ranking ke-161 FIFA.

P – Pogba

  • Memecahkan rekod perpindahan tertinggi dalam sejarah bola sepak dunia. Harga yang dibayar Manchester United adalah £89.3 juta ataupun €105 juta

Q – Qatar 2016 Supercoppa Italiana

  • AC Milan menamatkan kemarau 5 tahun tanpa piala dengan trofi Supercoppa Italiana 2016. Perlawanan seri 1-1 dan Milan menang dalam penentuan penalti.

R – Ranieri

  • Pada May 2016 menjadi saksi kepada kejuaraan EPL antara yang paling epik dalam sejarah bola sepak terutama sekali era moden. Ranieri adalah orang penting di sebalik kejuaraan tersebut.

S – Sam Allardyce

T – Tragedi

  • 28 November 2016 adalah hari sedih untuk dunia bola sepak apabila pasukan kerdil Chapecoense yang penuh dengan cita-cita dan keinginan terlibat dalam nahas kapal terbang di Madellin. 71 orang terbunuh termasuk pemain, staf kejurulatihan, staf media, juruterbang dan juga anak kapal.

U – Unbeaten Real Madrid

  • Real Madrid menutup musim 2016 dengan rekod tanpa kalah dalam 35 perlawanan La Liga. Mereka menang 26 dan seri 9 kali dalam perjalanan tersebut. Ia memecahkan rekod Real Madrid sendiri yang melalui 34 perlawanan tanpa kalah pada Ockober 1988 – April 1989. 

V –  Viva Selangor

  • Selangor menjadi tumpuan media selepas kemelut yang kritikal melanda bola sepak mereka. Daripada konflik dengan status PKNS FC sehinggalah isu kekurangan dana. FAS pernah menyatakan hasrat menarik diri dari liga M musim hadapan. Ia mendapat reaksi pelbagai pihak yang mempertikaikan kredibiliti FAS termasuk Raja Muda Selangor.

W – Wang 

  • Musim ini, bola sepak dunia dikejutkan dengan perbelanjaan besar oleh kelab-kelab dari China. Kini 2 pemain berpendapatan paling lumayan di dunia adalah di China. Tevez dengan kontrak $40 juta setahun dan Oscar $26 juta setahun. Ada berita menyatakan mereka menawarkan kontrak lebih $100 juta setahun untuk Cristiano Ronaldo.

X – eXperiment VAR

  • VAR adalah sistem pembantu pengadil dengan video. FIFA giat menjalankan eksperimen dan ujian ke atas sistem ini yang dijangka akan diperluaskan dalam semua pertandingan besar di bawah FIFA. Pengadilan VAR juga menimbulkan kontroversi ketika kejohanan kelab dunia di Jepun. Kashima Antlers adalah pasukan pertama yang diberikan penalti kerana VAR.

Y – Young And Dangerous

  • Julian Nagelsmann menjadi pengurus termuda dalam Bundesliga musim ini. Menguruskan Hoffenheim pada usia 29 tahun. Mereka menjadi satu-satunya pasukan di Bundesliga yang tidak tewas setakat ini. Berada di tangga ke-3 buat masa ini.

Z – Zidane

  • Satu nama yang sangat dominan sepanjang 2016. Beliau membantu Real Madrid menjuarai UCL. Beliau menjadi manusia ke-7 yang menjuarai UCL sebagai pengurus dan pemain. Beliau juga membantu Real Madrid menjuarai Piala Dunia Kelab 2016 di Jepun.

Sekian reviu A-Z daripada kami. Banyak lagi peristiwa sepanjang 2016 yang mungkin anda boleh kongsikan dengan kami di ruangan komen. Selamat tahun baru kepada semua!

Baca juga : Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 19

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN