Tidak hairanlah mengapa Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) boleh mendominasi arena bola sepak tanah air sekian lama sehingga mampu bergelar juara Liga Super lapan kali berturut-turut pada musim ini.
JDT adalah kelab bola sepak berstatus profesional pertama di dalam negara. Status tersebut bukan sahaja disebabkan oleh struktur pengurusan dan fasiliti yang dimiliki oleh kelab semata-mata. Lebih daripada itu, pengurusan pasukan mempunyai kod tatatertib yang ketat dikenakan kepada pemain-pemainnya.
Antara kod tatatertib yang terkandung di dalam kontrak setiap pemain di JDT adalah denda sebanyak RM15,000 sekiranya gagal menepati masa sehingga lambat turun latihan.
"Siapa suruh kau datang lambat?" Bola@Mamak Istimewa bersama TMJ pic.twitter.com/H5spQqoiDZ
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 13, 2021
Selain itu pemain juga perlu mempunyai tanggungjawab ketika menggunakan media sosial, dan denda sehingga RM40,000 akan dikenakan sekiranya pemain bertindak luar kawalan menggunakannya sehingga mencemarkan nama kelab. Lebih menarik, peraturan tersebut turut meliputi pasangan pemain.
Perkara itu didedahkan oleh pemilik JDT FC sendiri, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), yang menjadi tetamu jemputan rancangan Bola Mamak yang dihoskan pengacara sukan terkenal, Hafizal Hamad terbitan Astro Arena.
Turut berada di dalam rancangan ialah pemain yang sudah berstatus legenda di JDT, iaitu Safiq Rahim.
WHAT A NIGHT!
Eight in a row, baby!
More photos at https://t.co/E0zJPdJYBj#RedBlueNation#CHAMPI8NS#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/lnqZVZpraW
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 12, 2021
“Kita [di JDT] ada etika kalau salah guna sosial media ke, atau pun training lewat ke. Macam contoh lambat [menghadiri] training akan kena RM15,000. Tidak ada main-main dengan kita di JDT,” kata TMJ.
TMJ turut mendedahkan Akhyar Rasid antara pemain yang pernah didendakan sedemikian rupa kerana lambat menghadiri latihan.
“Saya pun pernah kena dulu,” akui Safiq Rahim sebelum disampuk oleh TMJ, “Siapa suruh kau datang lambat?”
Bagi Safiq Rahim peraturan sedemikian adalah peraturan yang perlu ada di dalam sesebuah kelab untuk mematangkan pemain.
Beliau juga mengakui dirinya tidak akan berada di tempat seperti pada hari ini sekiranya tidak dididik sedemikian rupa di JDT sebelum ini.
Sebelum video tamat, Safiq Rahim beritahu, jika banyak sangat kesalahan dan tak cukup gaji untuk bayar denda. Silap-silap boleh berhutang pula dengan kelab.