11 Statistik Luar Biasa Cristiano Ronaldo Hasilkan Selepas Debut Kedua Di Old Trafford

Cristiano Ronaldo melalui debut kedua yang diimpikan bersama Manchester United apabila menjaringkan dua gol pada setiap babak perlawanan untuk membantu Red Devils menang 4-1 ke atas Newcastle United.

“Saya tidak fikir begitu,” ujar Ole Gunnar Solskjaer ketika ditanya jika beliau mempunyai sebarang keraguan terhadap bintang Portugal itu.

“Dia lakukan apa yang biasa beliau lakukan. Cristiano memberikan semangat kepada semua orang, menjadikan setiap pemain lain begitu fokus. Beliau meletakkan sasaran untuk diri sendiri yang juga bermakna sasaran untuk rakan sepasukan yang lain, dan juga barisan kejurulatihan. Itulah sebabnya beliau memiliki banyak pencapaian sepanjang karier. Beliau begitu berdisiplin.

“Beliau berubah sebagai pemain, belau adalah pemain yang berbeza ketika beliau meninggalkan kami dahulu, tetapi masih lagi tajam dan seorang penjaring gol yang klinikal. Beliau mampu menghidu peluang, dan di mana gol akan tiba.”

Ia bukan perkara mengejutkan Cristiano Ronaldo dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan. Berikut adalah 11 statistik yang dihasilkan Ronaldo selepas persembahan hebat yang dihasilkan beliau selepas perlawanan menentang Newcastle United:

1. Selepas meninggalkan Manchester United pada 2009, Ronaldo kini telah memecahkan rekod penampilan paling lama di Premier League di antara perlawanan.

2. Walaupun hanya menyentuh bola lapan kali di dalam kotak penalti Newcastle, pemain antarabangsa Portugal itu masih mampu menghasilkan dua gol.

3. Secara keseluruhan, Ronaldo menghasilkan enam percubaan ke arah gol. Dua percubaan tepat yang dilakukannya menghasilkan jaringan buat Manchester United.

4. Cristiano Ronaldo kini adalah penjaring ke-44 terbanyak di dalam senarai penjaring di Premier League. Dua gol yang dihasilkannya pada hujung minggu lalu membenarkan Ronaldo memintas Carlos Tevez, Louis Saha, Eden Hazard dan Fernando Torres.

5. Gol pertama Ronaldo menjadikan dirinya sebagai satu-satunya pemain pernah menjaringkan lebih dari 30 gol untuk 15 tahun (per kalendar) berturut-turut. Beliau turut telah menjaringkan gol selama 20 musim berbeza.

6. Ketika melakukan larian sebelum gol kedua dijaringkan, Ronaldo melakukan larian pada kepantasan 32.5 km/j.

7. Cristiano Ronaldo turut merekodkan 87% ketepatan hantaran, melengkapkan 17 hantaran di kawasan final third serangan, dan menghasilkan satu peluang besar dalam kemenangan 4-1 tersebut.

8. Cristiano Ronaldo kini adalah penjaring ketiga tertua di Premier League, di belakang Paul Scholes dan Ryan Giggs.

9. Penyerang berusia 36 tahun itu gagal menghasilkan hatrik menentang Newcastle United, namun telah menjaringkan dua gol sebanyak 200 kali sepanjang kariernya.

10. Ronaldo kini telah menjaringkan lebih banyak gol dari Jack Grealish, Kai Havertz, Roberto Firmino dan Arsenal untuk musim 2021/22.

11. Cristiano Ronaldo adalah pemain berjersi No.7 pertama menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan di Old Trafford sejak sekian lama, sejak kali terakhir dilakukan oleh Ronaldo sendiri pada April 2009.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN