Kelab Indonesia, PSPS Riau milik usahawan Malaysia, Norizam Tukiman akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tunggakan gaji yang tular di media sosial dengan menafikan dakwaan tersebut.
Ia susulan laporan dari beberapa media negara jiran itu yang mendakwa pemain-pemain kelab Liga 2 Indonesia itu masih belum menerima gaji untuk bulan September dan Oktober.
Gaji Tertunggak 2 Bulan, Pemain PSPS Riau Mahukan Jawapan Tapi Pengurusan Kunci Mulut
Bagaimanapun menerusi kenyataan yang dikeluaekan oleh pegawai media kelab, pihaknya menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan ianya hanyalah fitnah.
Sebaliknya kelewatan gaji hanyalah dalam jangka 10 hari sahaja dan bukanlah dua bulan seperti yang didakwa.
“Ada khabar angin yang tersebar di media sosial mengatakan PSPS Riau FC mempunyai tunggakan gaji selama dua bulan,” ujar kenyataan tersebut.
“Di kesempatan ini, pihak pengurusan ingin menegaskan bahawa isu mengenai gaji pemain yang tertunggak selama 2 bulan adalah tidak benar.
“Untuk pengetahuan, gaji yang belum dibayar adalah untuk bulan September 2022 dan gaji akan dibayar pada bulan berikutnya yang bermaksud gaji dibayar pada Oktober 2022.
“Dalam kontrak antara pemain dan kelab, yang telah ditandatangani, ada tertera/ditulis di dalamnya bahawa gaji akan dibayar pada tanggal 7 bulan berikutnya dengan tempoh penangguhan 10 hari.
“Ini bermakna kelab terlewat membuat bayaran dalam kadar 10 hari dan bukan 2 bulan, seperti yang tersebar di media sosial.
“Saat ini kelab dalam proses menggunakan dana yang besar untuk memindahkan home base.
“Selain itu, Kelab masih menunggu sekiranya ada pembelian daripada kumpulan penyokong yang menyatakan mereka telah menyertakan nama orang Riau yang sedia membeli saham PSPS Riau FC atau individu yang berminat.
“Untuk pemain, kakitangan kejurulatihan di pasukan pasukan lainnya sedang berkembang dan ada [pemain yang] telah ditamatkan kontraknya kerana prestasi yang tidak memuaskan.”