Laman Facebook Johor Southern Tigers Cipta Sejarah Capai 2 Juta ‘Likes’

Juara liga super 5 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila laman facebook rasmi mereka, JOHOR Southern Tigers (JST) berjaya mencapai sasaran 2 juta ‘Likes’ sekaligus menjadi satu-satunya pasukan yang mempunyai jumlah pengikut yang paling tinggi berbanding laman facebook pasukan Liga Malaysia yang lain.

Menurut kenyataan daripada laman facebook JST, jumlah pengikut laman facebook mereka mula berkembang sejak pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membuat penjenamaan semula besar-besaran bermula pada musim 2013.

Selain itu, pelbagai sejarah  dan kejayaan tercipta dimana JDT memenangi lima kejuaraan berturut-turut Liga Super Malaysia, tiga Piala Sumbangsih, Piala FA 2016, Piala Malaysia 2017 dan Piala AFC 2015 yang turut menyumbang kepada pertambahan jumlah pengikut.

“Keinginan Tunku Mahkota Johor untuk kelab pergi lebih jauh telah membawa kepada banyak perkara yang baik berlaku dan perkembangan itu dijangka berterusan dengan pembukaan stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim pada tahun 2019 yang boleh dikatakan sebagai yang terbaik di rantau ini dan mampu menyaingi beberapa stadium terbaik di Asia,” kata kenyataan daripada laman facebook JST.

Di Asia Tenggara, terdapat dua pasukan yang mempunyai jumlah pengikut teramai di Facebook iaitu Persib Bandung dari Indonesia dan Muangthong United dari Thailand.

“Persib Bandung mempunyai 9.7 juta ‘likes’ sejak laman mereka diwujudkan pada 2008 manakala Muangthong mempunyai 2.2 juta ‘likes’ dengan laman mereka bermula pada November 2010. Laman JDT pula telah dibuka pada sekitar bulan Julai 2013.

“Pasukan Malaysia yang paling hampir dengan JDT pula masih agak jauh. Kedah ketika ini mempunyai 606.9k ‘likes’ manakala Selangor mempunyai 220.8k ‘likes’,” kata kenyataan dari JST.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN