18 Kelab Selain Liverpool Yang Menjadikan You’ll Never Walk Alone Sebagai Lagu Tradisi

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Baru-baru ini, salah seorang pembaca bertanya kepada kami:

“Kenapa fans Dortmund menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone? Dan kat mafla mereka pun ada tulisan You’ll Never Walk Alone?”

Kami pasti ramai pembaca lain tahu You’ll Never Walk Alone bukanlah lagu eksklusif untuk penyokong Liverpool sahaja.

Mungkin disebabkan publisiti meluas English Premier League menyebabkan ada peminat bola sepak yang menyangka lagu ini hanya dinyanyikan oleh penyokong Liverpool.

Tetapi tahukah anda asal-usul lagu You’ll Never Walk Alone?

Penyokong kelab mana yang mula-mula menyanyikan lagu ini?

Tahukah anda ada 16 lagi kelab bola sepak lain di seluruh dunia yang menjadikan You’ll Never Walk Alone sebagai lagu tradisi mereka?

Asal usul You’ll Never Walk Alone

You’ll Never Walk Alone pada asalnya merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan dalam teater muzikal Carousel ciptaan Richard Rodgers and Oscar Hammerstein II pada tahun 1945.

Secara asasnya, Carousel mengisahkan tentang Billy Bigelow, seorang pekerja fun fair yang bercinta dengan Julie Jordan, seorang pekerja kilang.

Percintaan mereka menyebabkan Julie mengandung. Untuk menyara teman wanita dan bakal anaknya, Billy yang miskin cuba untuk merompak bank. Tetapi cubaan rompakan Billy gagal dan menyebabkannya terbunuh.

Bersedih dengan kematian teman lelakinya, Julie ditenangkan oleh sepupunya yang menyanyikan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’.

Siapa yang menyanyikan You’ll Never Walk Alone dulu?

Calon bagi jawapan soalan ini adalah antara penyokong Celtic atau Liverpool.

Jika anda bertanya kepada penyokong Celtic, mereka akan memberitahu merekalah kumpulan penyokong pertama yang menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone sebelum penyokong Liverpool.

Tetapi berdasarkan sumber sejarah seperti yang ditulis oleh The Guardian, ia akan memberitahu anda bahawa penyokong Liverpool sebenarnya yang mula-mula menyanyikan lagu tersebut dahulu.

Lagu ini kembali popular apabila versi cover You’ll Never Walk Alone yang dinyanyikan oleh kumpulan pop dari Liverpool, Gerry and the Pacemakers kekal di no.1 carta radio UK selama 4 minggu berturut-turut.

Menurut sumber The Guardian, pada era awal 60-an penyokong biasanya menyanyikan lagu rakyat biasa (seperti Play Up Pompey!).

Tetapi penyokong Liverpool adalah kumpulan penyokong pertama di UK yang mula menyanyikan lagu popular di radio (seperti lagu You’ll Never Walk Alone nyanyian Gerry and the Pacemakers). Mereka mengubah lirik lagu popular dan menyanyikannya sesama penyokong dan pemain.

Berikut merupakan senarai 16 penyokong kelab yang menyanyikan You’ll Never Walk Alone:

United Kingdom
1. Liverpool FC
2. Celtic FC

Belanda
1. Feyenoord
2. FC Twente
3. SC Cambuur

Jerman
1. Borussia Dortmund
2. FSV Mainz 05
3. FC Kaiserslautern
4. SV Darmstadt 98
5. Eintracht Braunschweig
6. Borussia Mönchengladbach
7. Alemannia Aachen
8. FC St Pauli
9. TSV 1860 Munich
10. SC Paderborn
11. TSG 1899 Hoffenheim

Belgium
1. Club Brugge

Sepanyol
1. CD Lugo

Jepun
1. FC Tokyo

Baca juga: Seorang Penyokong Liverpool Namakan Anaknya YNWA

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN