Lagi Ramai Sertai JDT Lagi Bagus Harimau Malaya

Matthew Davies yang baharu sahaja melengkapkan perpindahan daripada Pahang ke JDT mengakui semakin ramai pemai skuad kebangsaan menyertai JDT hanya akan memberi impak positif kepada prestasi Harimau Malaya di pentas antarabngsa.

Pemain bek kanan JDT dan Harimau Malaya itu ketika bercakap kepaa Berita Harian, menyifatkan trend sedemikian akan memudahkan pemain di dalam pasukan kebangsaan mewujudkan keserasian sesama mereka.

“Saya setuju untuk katakan lagi ramai pemain kebangsaan yang ada dalam pasukan ini (JDT), lagi bertambah baik untuk skuad kebangsaan,” kata beliau kepada wartawan akhbar nasional tersebut.

Matthew Davies

“Saya rasa ia akan memberi kesan positif meningkatkan tahap keserasian antara kami dan seterusnya mencurahkan tenaga untuk Harimau Malaya pula.

“Ditambah pula dengan beberapa pemain berlainan posisi daripada kelab lain juga akan mencipta kombinasi yang lebih mantap untuk membantu pasukan kebangsaan ini,” katanya.

Antara pemain yang beraksi bersama JDT dalam perlawanan CIMB Piala Sumbangsih menentang Kedah pada Sabtu lalu adalah Davies, Farizal Marlias, Afiq Fazail, Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong dan Safawi Rasid.

JDT turut mempunyai beberapa pemain lain yang boleh beraksi bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe seperti Fadhli Saas, Natxo Insa, Syafiq Ahmad dan Nazmi Faiz Mansor yang semakin menunjukkan peningkatan sejak beberapa perlawanan lalu.

Bekas kapten Pahang itu juga berikrar untuk memberikan impak positif bersama JDT untuk mencuri hati penyokong setia skuad Harimau Selatan itu.

“Kita semua tahu penyokong hadir ke stadium bukan percuma dan mereka bayar tiket untuk menyaksikan pasukan kesayangan beraksi setiap minggu,” tambahnya lagi.

“Sebagai pemain, kita kena memenangi hati penyokong yang hadir ini dengan menampilkan prestasi memuaskan selain usaha dan kerja keras di atas padang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN