Kesan Yang Diterima FC Saarbrücken Selepas Layak Separuh Akhir DFB Pokal

Malam semalam merupakan malam gemilang buat FC Saarbrücken. Selepas menewaskan kelab Bundesliga, Fortuna Düsseldorf dalam perlawanan suku akhir DFB Pokal menerusi sepakan penalti, FC Saarbrücken menjadi kelab liga Jerman divisyen keempat pertama yang layak ke separuh akhir.

Penjaga gol Saarbrücken, Daniel Batz muncul hero pasukannya selepas menyelamatkan satu penalti dalam masa sebenar dan empat penalti dalam penentuan penalti untuk menang 7-6. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa sebenar.

Kelayakan Saarbrücken ke separuh akhir DFB Pokal bakal melakar sejarah baru untuk kelab mereka. Berikut merupakan kesan yang bakal diterima mereka:

1. FC Saarbrücken berpotensi main di Eropah

Pemenang DFB Pokal bakal ditawarkan slot bermain di kejohanan UEFA Europa League. Jika ditakdirkan Saarbrücken layak ke perlawanan akhir dan bertemu Bayern Munich, kelab amatur Jerman ini layak untuk bermain di Europa League – walaupun kalah dalam perlawanan akhir.

Ini kerana Bayern Munich hampir pasti akan layak ke UEFA Champions League pada musim depan.

Apa yang Saarbrücken perlu lakukan hanyalah menang separuh akhir nanti untuk mendapat peluang bermain di Eropah.

2. FC Saarbrücken tak main di Eropah walaupun layak ke final

Walaupun jika Saarbrücken layak ke perlawanan akhir DFB Pokal nanti, mereka masih tidak dapat bermain di Eropah jika lawan mereka adalah pasukan selain Bayern.

Bayer Leverkusen, Union Berlin, Eintracht Frankfurt dan Werder Bremen yang akan berentap dalam dua lagi perlawanan suku akhir DFB Pokal masih lagi belum menjamin slot ke Eropah ketika ini. Jika salah satu daripada mereka layak ke perlawanan akhir menentang Saarbrücken dan menang, mereka akan bermain di Europa League.

Jika Bayern yang layak, Saarbrücken tetap tidak mempunyai peluang untuk bermain di Eropah. Ini kerana Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) mempunyai kuasa untuk memilih siapa yang akan menjadi wakil Jerman dalam Europa League.

Jika DFB berpendapat Saarbrücken tak cukup kuat untuk bersaing, pasukan yang menduduki tangga ke-7 Bundesliga akan dipilih sebagai wakil Jerman di Europa League. Ini kerana DFB tidak mahu pasukan Jerman tersingkir awal dalam kejohanan Eropah sekaligus menjejaskan mata coefficient mereka di UEFA.

3. Dapat €2.8 juta

Sebaik sahaja layak ke separuh akhir DFB Pokal, Saarbrücken akan menerima sekurang-kurangnya €2.8 juta (RM13.07 juta) yang diberikan kepada empat pasukan terbaik DFB Pokal.

Jumlah wang tersebut melebihi daripada cukup untuk menampung kos operasi setahun untuk kelab liga divisyen 4 seperti Saarbrücken. Ia membolehkan kelab yang berpangkalan di Saarland, Jerman ini mendapat bajet secukupnya untuk bersaing secara kompetitif di liga divisyen 3 musim depan.

Saarbrücken sedang mendahului liga divisyen 4 Jerman sekarang dan berada di landasan terbaik untuk dipromosi ke divisyen 3 pada musim depan.

DFB-Pokal sentiasa cipta kisah gergasi dibunuh

Sejak dari dahulu lagi, DFB-Pokal yang selalu menemukan pasukan amatur dengan profesional sering menyajikan kisah ‘David bunuh Goliath’.

Digelar Die Mutter aller Pokalsensationen, kejohanan ini pernah menyaksikan Hamburg SV yang gah pada tahun 70-an ditewaskan pasukan amatur VfB Eppingen.

Pada era 90-an, Borussia Dortmund beberapa kali ditumbangkan kelab amatur. Pada tahun 1994, Bayern Munich yang dilatih oleh Giovanni Trappatoni pernah disingkirkan oleh kelab amatur TSV Vestenbergsgreuth.

Pada tahun 2000, FC Magdeburg menjadi pasukan liga divisyen 4 pertama yang menumbangkan dua kelab Bundesliga dalam satu musim DFB Pokal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN