Lada Merah & Kuning Dicincang Masak Hiasi Video Pengenalan Morales Buat JDT

Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales secara rasminya kini menjadi pemain baharu ditandatangani Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengharungi saingan pada musim 2024/2025.

Ianya dilaporkan sendiri melalui Johor Southern Tigers (JST) secara rasmi menerusi video pengenalan yang memperkenalkan pemain tersebut bersama Harimau Selatan untuk saingan akan datang.

Apa yang menarik mengenai perkongsian video tersebut, ia memaparkan Morales sedang membuat satu hidangan yang menggunakan lada berwarna merah dan kuning untuk menggambarkan suatu simbolik tersendiri sebelum dibuang dalam tong sampah.

Malah, rata-rata peminat di ruangan komen juga menyatakan ia sebagai suatu pembayang untuk menyatakan video tersebut ditujukan khas buat pasukan seteru mereka iaitu Selangor.

Terdahulu, ura-ura penyertaan Morales bersama JDT untuk saingan hadapan sudah pun dibincangkan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air di media sosial, sebelum kini bintang dari Colombia itu sah bersama mereka.

Morales yang tampil cemerlang sejak beberapa musim lalu dalam saingan Liga M secara rasminya menjadi pemain kebangsaan terbaharu lalu untuk menyertai saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar.

Nama Morales bukan lagi suatu yang asing buat bola sepak negara, selepas pemain tersebut memulakan karier di sini sejak tahun 2018 bersama PKNS di Selangor.

Pemain dari Colombia itu boleh dianggap sangat unik, kerana awal pembabitan kariernya dalam saingan Liga Super beliau lebih banyak beraksi di posisi tengah menyerang.

Malah musim lalu juga menyaksikan Morales tidak hanya tertumpu selaku penyerang utama KL City, malah beliau telah beraksi di empat lagi posisi mengikut kesesuaian taktikal diletakkan oleh jurulatih pasukan.

Secara dominan, Morales telah pun beraksi sebagai penyerang utama KL City selain sebagai pemain sayap kiri, tengah menyerang, serta di bahagian tengah.

Ini kerana pemain berusia 26 tahun itu bukan sahaja memiliki aspek penyudah yang berkualiti, sebaliknya sangat kreatif melancarkan serangan serta mempunyai visi cukup tinggi untuk memulakan pergerakan.

Musim lalu menyaksikan Morales sudah pun menghasilkan 11 gol secara keseluruhan buat KL City daripada 26 perlawanan bagi semua saingan peringkat domestik selain satu bantuan jaringan turut dicatat beliau.

Penyertaan Morales bersama JDT boleh dianggap sesuatu yang sangat menarik kerana pasukan tersebut jelas begitu giat memperkasakan posisi serangan untuk menghadapi saingan AFC Champions League Elite (ACLE) musim hadapan.

Malah, JDT juga sedia untuk terus menjadi pasukan yang ingin mempertahankan kejuaraan mereka pada saingan akan datang menerusi kualiti para pemain telah ditandatangani mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN