La Liga: Wu Lei Bantu Kelab Tercorot Espanyol Ikat Barcelona

Wu Lei menjaringkan gol di minit akhir perlawanan untuk membantu Espanyol mengikat juara La Liga, Barcelona dalam perlawanan derbi.

Pasukan tuan rumah – berada di kedudukan terbawah liga – terlebih dahulu mengejutkan skuad kendalian Ernesto Valverde melalui jaringn awal David Lopez.

Barcelona kemudiannya kembali menguasai perlawanan dengan jaringan melalui Luis Suarez dan Arturo Vidal.

Perlawanan bagaimana pun dicemari oleh kad merah yang diterima Frenkie de Jong selepas menerima layangan kad kuning kedua.

Pemain gantian, Wu Lei kemudiannya mencipta sejarah sebagai pemain daripada China pertama yang menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif menentang Barcelona – selepas menyambut hantaran Matias Vargas.

Walaupun hanya meraih satu mata, Barcelona kembali ke puncak liga mengatasi Real Madrid yang merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Getafe. Kedua-dua pasukan kini dibezakan hanya dengan perbezaan jaringan.

Espanyol pula kini sudah tidak memenangi perlawanan derbi di La Liga ke atas Barcelona dalam 21 perlawanan.

Namun prestasi Espanyol dalam perlawanan kali ini jauh lebih baik, di bawah kendalian jurulatih baharu, Abelardo – yang merupakan pengurus ketiga mereka pada musim ini.

Espanyol selayaknya berada di hadapan untuk merekodkan kemenangan pertama ke atas Barcelona, sebelum Suarez dan Jordi Alba memastikan Barcelona tidak dimalukan.

Suarez yang berusia 33 tahun pada bulan ini kini sudah terlibat di dalam 10 gol Barcelona di La Liga.

De Jong pula hanya mampu menyalahkan diri sendiri apabila menerima arahan keluar padang.

Selepas dengan mudah kehilangan bola kepada Jonathan Calleri, pemain Belanda itu bertindak mengasari lawannya itu dalam usaha merampas kembali penguasaan bola.

Ini adalah pertama kali De Jong dilayangkan kad merah sepanjang karier profesional beliau.

Kemudian tiba giliran pemain gantian, Wu Lei menghukum Barcelona ketika perlawanan berbaki dua minit.

Skuad Valverde kemudiannya bertahan untuk memastikan tidak tewas kepada lawan mereka itu sejak 2009.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN