Valencia memberikan kekalahan pertama kepada Zinedine Zidane di Mestalla – selepas kepulangan semula pengendali itu ke Los Blancos. Kemenangan itu membolehkan Valencia terus bersaing untuk mendapatkan 4 teratas.
Real Madrid boleh dianggap bernasib baik dalam aksi menentang Huesca sebelum ini. Skuad Zinedine Zidane sekali lagi mempamerkan aksi kurang memberangsangkan sebagai satu pasukan.
Valencia di hadapan pada minit ke-35 menerusi Goncalo Guedes, menewaskan Keylor Navas di ‘near post’.
Pasukan tuan rumah sentiasa memberikan masalah kepada Real Madrid dan tidak memberikan ruang kepada Los Blancos untuk mendapatkan rentak.
Pada minit ke-83, Ezequiel Garay menyempurnakan sepakan penjuru Dani Parejo. Dan Real Madrid kelihatan tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
3 – @LaLigaEN teams with the most goals conceded this season in all comps:
Huesca: 61 goals in 32 games
Sevilla: 60 in 52
REAL MADRID: 60 in 49Worry. pic.twitter.com/uOGCxUYXwX
— OptaJose (@OptaJose) April 3, 2019
Pada masa kecederaan, pemain yang dalam prestasi terbaik – Karim Benzema merapatkan jurang gol. Namun ia sudah terlalu lambat.
Valencia kini 17 perlawanan tanpa kalah. Manakala Real Madrid pula terus bergelut untuk mendapatkan semula keyakinan mereka di atas padang.
Selepas ini, Real Madrid akan berhadapan dengan Eibar. Sementara itu Valencia boleh mendaki ke tangga ke-4 sekiranya menang berhadapan dengan Rayo Vallecano.
Valencia juga ada final Copa Del Rey di dalam kalendar mereka. Manakala Real Madrid boleh dikatakan boleh memanfaatkan baki perlawanan yang ada untuk menilai pemain bagi ‘pembersihan’ skuad untuk musim hadapan.
Zidane meletakkan Keylor Navas sekali lagi di posisi penjaga gol utama. Anak beliau, Luca juga diberikan peluang untuk beraksi ketika menentang Huesca sebelum ini.
Berkenaan dengan posisi penjaga gol no.1, Zidane masih mengelak untuk tentang siapa pilihan beliau. Dan beliau membayangkan bahawa salah seorang daripada Courtois ataupun Navas terpaksa dijual pada jendela perpindahan yang akan datang.