Gol tunggal Ivan Rakitic memboleh Barcelona kembali merampas kedudukan di puncak La Liga dari pesaing terdekat, Real Madrid selepas terpaksa bekerja keras sebelum menang tipis 1-0 ke atas Athletic Bibao di Nou Camp.
Barca sebelum ini tergelicir dari puncak liga selepas hanya seri 0-0 ketika berdepan Seville pada Jumaat dan sekali lagi menampilkan aksi kurang bermaya di gelanggang sendiri dengan gandingan Messi, Suarez dan Griezmann juga ‘hilang taring’ untuk merobek gawang lawan.
THE TRUTHS;
— zErrRo FuGazZiiii!!!!!! (@TheWaleAgbede) June 23, 2020
BAR 1-0 BIL #LiveSportReturns
– Messi fails to score against another top 10 team.
– Barcelona were so poor Rakitic is MOTM 😂
– SetienBall is boring & clueless.
– Griezmann still a fraud.
– Again, Valverde >> Setien…..
Rakitic SAVES Barca from disgrace 😂 pic.twitter.com/29EnY6MGEt
Messi hampir-hampir menjaringkan gol ke-700 kariernya dengan beroleh dua peluang tetapi gagal. Percubaan pemain remaja, Ansu Fati selepas itu pula terkena tiang.
Akhirnya pemain gantian, Rakitic yang masuk dari bangku simpanan menyelamatkan Barcelona dengan memecahkan kebuntuan pada minit ke-71 yang juga merupakan gol pertamanya untuk musim ini selepas hanya enam minit beraksi.
https://twitter.com/ESPNFC/status/1275543707207512064?s=20
Pemain tengah Croatia itu yang semakin jarang beraksi pada musim ini membantu pasukannya untuk mendapatkan tiga mata berharga selepas hanya seri dalam perlawanan menentang Seville tempoh hari.
Kedudukan Barcelona di persada liga dengan 68 mata bergantung kepada keputusan perlawanan Real Madrid yang akan berdepan Real Mallorca di Santiago Bernabeu pada Rabu.
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan memihak kepada Real Madrid sekiranya terikat dengan jumlah mata yang sama.
Kredit Foto: Getty Images