Wow, ini akan mengubah landskap bola sepak moden!
La Liga telah mencipta sejarah sebagai liga pertama di dunia ini akan bermain perlawanan mereka di luar negara asal.
Menurut laporan Sky Sports, La Liga telah merancang untuk membawa perlawanan liga tersebut ke luar daripada Sepanyol dengan sasarannya adalah ke Amerika Utara.
Tujuannya adalah satu, ianya adalah untuk mendekati penonton di pasaran tersebut dan meningkatkan jumlah peminat liga tersebut dari kawasan itu.
La Liga telah berkerjasama dengan Relevant Sports dengan menandatangani perjanjian selama 15 tahun untuk merealisasikan misi tersebut.
Relevant Sports bakal menjadi badan yang mempromosi La Liga di Amerika Syarikat.
Selain itu, perlawanan yang dikenali sebagai La Liga North America ini akan turut dibawa ke Kanada.
Perjanjian ini nampaknya memberikan manfaat buat kedua-dua pihak baik La Liga dan juga wakil di Amerika Utara.
Bagi La Liga, mereka dapat meluaskan jaringan peminat liga tersebut ke satu benua yang baharu.
Manakala bagi Amerika Utara terutamanya Amerika Syarikat dan juga Kanada, ianya dapat mengurangkan jurang populariti antara sukan bola sepak dengan sukan-sukan lain yang lebih popular.
“Kerjasama yang luar biasa ini akan menjadi satu anjakan paradigma dalam meningkatkan populariti sukan bola sepak di Amerika Utara.”
Setakat ini, tiada jadual dikeluarkan untuk aksi perlawanan La Liga North America ini.
Tetapi, pihak La Liga memberikan isyarat jelas yang perlawanan El Clasico tidak akan diadakan di Amerika Utara.
Sebaliknya, perlawanan itu akan kekal dilangsungkan di Sepanyol.
Hal ini dilihat satu langkah yang bijak dari La Liga kerana mereka mahu menghapuskan reputasi liga tersebut yang bukan hanya berkisar mengenai Real Madrid dan Barcelona sahaja.