Kualiti Jauh Lebih Baik, Netizen Indonesia Puji Mutu Siaran Langsung Liga Malaysia

Jika anda selami di alam maya dalam mencari topik “Malaysia vs Indonesia”, pasti anda akan jumpa macam-macam perkara.

Malaysia dan Indonesia sering saja dibandingkan dalam pelbagai perkara. Dari perkara seperti bahasa, kebudayaan, makanan.

Kini ianya telah menjangkau jangkaan kita.

Jika dahulu muzik dan drama kita sering dibanding-bandingkan dengan lagu dari seberang serta kualiti sinetron, sekarang air Milo pun dibandingkan antara 2 negara!

Baru-baru ini, penulis telah terjumpa di ruangan YouTube mengenai satu lagi video perbandingan antara Malaysia dan Indonesia.

Kali ini melibatkan bola sepak. Lebih khusus, kualiti penyiaran liga antara kedua-dua negara.

Dalam satu video ringkas selama 2.09 minit itu, laman YouTube Galeri Bola Sepak TV yang dipercayai dari Indonesia telah membandingkan kualiti siaran antara Liga Super Malaysia (LSM) dan juga Liga 1 Indonesia.

Di sebelah kiri video itu terdapat siaran perlawanan Liga 1 Indonesia di antara pasukan PSM Makassar dan juga PSIS Semarang pada Mac lalu.

Sementara untuk LSM, mereka menggunakan siaran perlawanan antara Selangor menentang Johor Darul Ta’zim yang disiarkan di TV3 pada musim 2017.

Jika dilihat pada kualiti kedua-dua siaran, jelas sekali kualiti siaran Liga Malaysia jauh lebih baik berbanding Liga Indonesia.

Hatta siaran Media Prima yang sering dikecam oleh peminat bola sepak Malaysia kerana kualiti yang dikatakan tidak berkualiti itu masih lagi mampu menewaskan siaran dari seberang yang jauh lebih teruk.

Hal ini diakui oleh netizen Indonesia sendiri di ruangan komen video ini.

“Gua Terkejut sama liga Malaysia…..good job… #SalamDariIndonesia,” kata Rizal Adli Nugroho.

Malah ada yang menyamakan tahap kualiti penyiaran Liga Indonesia ini setaraf zaman Firaun. Aduh!

“Indonesia masih pake kamera jaman firaun ngevlog,” kata Aizen Aizawa.

Malah ada netizen Indonesia yang mengakui Liga Malaysia jauh lebih ke depan dari segala segi, termasuk dari segi kualiti rumput!

“Sudah semestinya Malaysia menang. Kerna apa? Mempunyai LED board, rumput juga kualitas, wasit (pengadil) juga adil, ultras juga teratur dan disiplin. Jadi maka nya sebab itu Malaysia maju dari Indonesia,” kata Amnan Saufi.

Dan yang terakhir, ada yang mengatakan Liga Indonesia masih lagi menggunakan kamera lama (dengan cara komen seolah mahu meniru loghat Malaysia!)

“Liga Malaysia sudah pake kamera HD…kite masih kamera analog,” kata Kakak Osas.

Ketahuilah, jika anda rasa Liga Malaysia sudah cukup teruk untuk anda maka ada yang lebih teruk dari apa yang kita ada.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN