Dua perlawanan La Liga melibatkan dua kelab setempat Atletico Madrid dan Real Madrid pada Sabtu berakhir dengan keputusan berbeza.
Atletico berjaya meraih tiga mata penuh hasil jaringan sendiri Toni Lato pada penghujung permainan untuk memberikan kemenangan 1-0 ke atas Valencia di tempat lawan.
Skuad kendalian Diego Simeone yang masih segar dengan kemenangan ke atas Barcelona pada minggu lepas mendominasi sebahagian besar perlawanan namun bergelut untuk memcah kebuntuan.
Bagaimanapun hantaran lintang Yannick Carasco pada minit ke-79 terkena lutut Lato dan terus terbias masuk ke gawang gol yang dikawal Jaume.
FULL-TIME 9️⃣0️⃣🇪🇸
Valencia 0-1 Atletico Madrid
🟨 28': U. Racic
🟨 43': S. Niguez
🟨 57': H. Gillamon
🟨 62': A. Correa
🟨 76': M Llorente
⚽️ 79': Toni Lato (OG) (0-1)
🟨 81': J. Felix
🟨 83': KokeAtletico Madrid go joint-top of La Liga. 🔝#ValenciaAtleti #LaLiga pic.twitter.com/ZuBZ1p06an
— RouteOneFootball (@Route1futbol) November 28, 2020
Real Madrid pula dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Deportivo Alaves di gelanggang sendiri dan Eden Hazard sekali lagi dilanda kecederaan untuk menambah lagi luka buat Zinedine Zidane.
Jaringan Lucas Perez dan Joselu pada setiap separuh masa memberikan kekalahan ketiga Real dalam 10 perlawanan liga musim ini dan menyukarkan usaha mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lepas.
Perez meletakkan pasukan pelawat di depan seawal minit kelima menerusi sepakan penalti selepas tandukan Victor Lugardia dari sepakan penjuru terkena tangan Nacho Fernandes.
Beberapa minit kemudian Thibaut Cortois cemerlang menyelamatkan percubaan Perez dalam situasi satu lawan satu, namun kesilapan penjaga gol Belgium tersebut pada awal separuh masa kedua memberikan gol mudah buat Joselu.
🤕 Eden Hazard limps off injured
❌ Thibaut Courtois makes a big error
🖊️ Real Madrid concede 5th penalty in 3 La Liga gamesSaturday's 2-1 home loss to Alaves left Zinedine Zidane with plenty to think about. 🤔 pic.twitter.com/wB3foU01th
— bwin (@bwin) November 28, 2020
Gol Casemiro pada lewat permainan tidak dapat menghalang Alaves mencatat kemenangan pertama ke atas Real sejak Mei 2000.
Hazard yang beraksi dalam perlawanan liga ketiganya musim ini hanya sempat beraksi selama 28 minit sahaja sebelum diganti dengan Rodrygo.
Kecederaan kaki dan buku lalinya seakan-akan tiada penghujung walaupun sudah 18 bulan berlalu sejak menyertai kelab gergasi Sepanyol berkenaan dari Chelsea.
Atletico Madrid kini mendudukan tangga kedua La Liga, menyamai 23 mata bersama penduhulu liga Real Sociedad, namun mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan. Real Madrid pula kekal di tangga keempat dengan 17 mata.
Saksikan sorotan kedua-dua perlawanan di sini:
Real Madrid vs Deportivo Alaves
Kredit Foto: Getty Images
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan La Liga:
Barcelona Mungkin Tukar Nama Nou Camp Kepada ‘Stadium Leo Messi’
City Sudah Ada Perancangan Untuk Lionel Messi, Mahu Ikat Kontrak 10 Tahun