La Liga: Lionel Messi Cetak 4 Gol, Braithwaite Sumbang 2 Assist

Barcelona cemerlang dalam aksi La Liga berhadapan degan Eibar di Nou Camp. Skuad bimbingan Quique Setien menang besar dengan skor 5-0 ke atas Eibar.

Kapten Barcelona, Lionel Messi berjaya menjaringkan empat gol dalam perlawanan ini, sekaligus mencatatkan empat kemenangan berturut turut.

Kemenangan ini membolehkan Barcelona untuk terus memberikan tekanan kepada musuh tradisi mereka Real Madrid.

Kedua dua pasukan kini berada di dua tangga teratas liga. Menjadikan saingan  musim ini lebih sengit di antara kedua dua pasukan.

Barcelona pada awalnya dilihat agak perlahan untuk mendapatkan rentak mereka. Namun selepas itu, Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-14.

Messi mencetak hatrik dalam tempoh 27 minit dalam perlawanan ini. Beliau juga berjaya menjaringkan gol keempat pada separuh masa kedua hasil umpanan Martin Braithwaite.

Debutan, Martin Braithwaite yang masuk pada minit ke-72 cemerlang menyumbang 2 assist kepada Messi dan Arthur.

Pemain  berusia 28 tahun dari Denmark itu sangat cemerlang di dalam debut 18 minit beliau dalam perlawanan ini.

Barcelona menang 5-0 dalam perlawanan ini dan naik ke tangga teratas, dengan beza 2 mata. Namun Real Madrid masih belum turun bermain.

Bintang sensasi Lionel Messi terus menjadi kegerunan pertahanan lawan di atas padang.

https://twitter.com/LioMessiWorld/status/1231261448568963073

Real Madrid akan berhadapan dengan Levante dalam aksi La Liga minggu ini.

Barcelona akan berhadapan dengan Napoli dalam aksi pusingan pertama peringkat 16 akhir, Liga Juara Juara Eropah.

Ianya disusuli dengan aksi el clasico berhadapan dengan Rea Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN