La Liga Heret FA Sepanyol Ke Mahkamah Berhubung Perlawanan Luar Negara

La Liga dilaporkan telah mengheret Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) ke mahkamah berhubung perlawanan liga melibatkan Girona menentang Barcelona yang dirancang untuk diadakan di Miami, Amerika Syarikat.

RFEF adalah salah sebuah badan yang wajib memberikan persetujuan untuk perlawanan yang diadakan pada 26 Januari hadapan menjadi kenyataan – namun sehingga kini berdiam diri tanpa sebarang kenyataan rasmi.

(Photo by Brian Ach/Getty Images for LaLiga)
Ikut arahan mahkamah

Badan penganjur tersebut kemudiannya memfailkan kes di mahkamah bertujuan untuk memaksa RFEF bersetuju dengan rancangan perlawanan La Liga diadakan di luar negara.

Keputusan berhubung perkara itu oleh mahkamah dijangka diketahui selewat-lewatnya pada pertengahan Disember.

“La Liga telah membawa kes ke mahkamah di Madrid dan satu keputusan akan dilakukan dalam tempoh beberapa hari atau minggu akan datang,” ujar salah seorang jurucakap dari badan penganjur liga Sepanyol itu.

(photo by Pedro Salado/Action Plus via Getty Images)
Kes kukuh

La Liga berpendapat peranan RFEF membawa pusingan kedua perlawanan akhir Copa Libertadores ke Santiago Berbabeu akan menjadi fakta kes yang kukuh untuk membantu mereka di dalam hujah pelaksanaan perlawanan di luar Sepanyol.

RFEF dan Kesatuan Pemain Bola Sepak Sepanyol (AFE) sebelum ini lantang mempertikaikan perlawanan La Liga yang dirancang diadakan di Miami itu.

Tindakan ke atas FIFA

Selain daripada RFEF, kelulusan untuk meneruskan perlawanan Girona-Barcelona di Amerika Syarikat juga perlu mendapat persetujuan FIFA, US Soccer, dan juga Concacaf.

La Liga juga menegaskan mereka akan membawa kes tersebut ke mahkamah sekiranya rancangan tersebut dihalang oleh FIFA. BBC melaporkan RFEF enggan memberikan sebarang komen mengenai tindakan terbaru La Liga tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN