Enzo Sahkan Ayahnya Zidane Akan Kembali Sebagai Pengurus Dalam Masa Terdekat

Anak kepada bekas Zinedine Zidane, Enzo Fernandez berkata beliau bahawa ayahnya itu akan kembali ke bidang pengurusan bola sepak dalam masa terdekat.

Zidane sebelum ini membantu Real Madrid mengecapi tiga kejuaraan UEFA Champions League berturut-turut di antara tahun 2016 sehingga 2018 – selain daripada kejuaraan La Liga pada 2017.

(Photo credit should read BENJAMIN CREMEL/AFP/Getty Images)
Beban kerja

Enzo yang beraksi sebagai pemain tengah kini beraksi bersama Rayo Majadahonda secara pinjaman dari kelab Switzerland, Lausanne-Sport berkata ayahnya memerlukan rehat selepas kejayaan bersama Los Blancos – namun tidak akan meninggalkan bidang pengurusan sangat lama.

“Kita semua tahu ayah saya sukakan bola sepak, dan gemar dengan tanggungjawab sebagai jurulatih. Ya, beliau akan kembali segera. Keputusan itu kini di tangan beliau,” ujar Enzo kepada akhbar AS di Sepanyol.

(Photo by Helios de la Rubia/Real Madrid via Getty Images)

“Sekarang ini ayah saya hanya mahu menggunakan masa untuk berehat. Beliau sangat perlukan rehat sebelum tugasan seterusnya kerana walaupun beliau tampak berjaya ketika di Madrid, hakikatnya ia menuntut kerja keras.”

Antara kelab yang dikaitkan dengan Zidane sebelum ini ialah Bayern Munich dan juga Manchester United.

Legasi Zidane

Enzo beraksi untuk skuad remaja Real Madrid ketika Zidane masih mengendalikan pasukan di Estadio Santiago Bernabeu. Namun Enzo kemudian memutuskan untuk menyertai Alaves pada 2017, sebelum berhijrah sekali lagi ke Lausanne-Sport pada Januari lalu.

Zidane yang kini berusia 46 tahun pernah beraksi untuk Cannes, Girondins Bordeaux dan Juventus, sebelum menyertai skuad Galaticos Real Madrid yang menjuarai kejuaraan UEFA Champions League pada 2002, dan saingan La Liga pada musim berikutnya.

Zidane juga muncul juara dunia bersama Perancis pada 1998, dan kemudiannya juara eropah di Euro2000 sebelum bersara sebagai pemain pada 2006. Beliau terus kekal di Real selepas bersara untuk mengendalikan skuad B Los Blancos pada 2014 sebelum mengendalikan skuad utama pada Januari 2016.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN