Mourinho Anggap Kempen 2018 Alexis Sanchez Sudah Berakhir Kerana Kecederaan

Tahun 2018 boleh dikatakan sudah berakhir untuk Alexis Sanchez selepas beliau dijangka akan berehat lagi kerana masalah kecederaan hamstring.

Jose Mourinho memberitahu wartawan beliau tak yakin Sanchez akan dapat bermain sebelum tahun baru 2019. Sanchez dijangka akan berehat selama 6 minggu.

Musim ini Alexis Sanchez hanya bermain 7 perlawanan untuk Man. United – beliau banyak dibayangi oleh masalah kecergasan dan kecederaan. Sanchez memuatnaik gambar beliau sedang menahan kesakitan di rumahnya.

Mourinho berkata: “Perkara pertama yang saya nak kata, dalam mana-mana kelab, pemain yang tak dapat bermain adalah perkara yang mudah untuk pengurus buat keputusan.”

“Di kelab kami, apabila pemain itu tak bermain, biasanya kerana masalah disiplin. Namun ianya tiada kaitan dengan beliau [Sanchez].”

“Daripada cara beliau menjerit kesakitan serta cara kecederaan itu berlaku, saya tahu ianya kecederaan yang akan memakan masa yang lama.”

“Saya tidak mahu mengambil risiko dengan menjangkakan berapa lama beliau akan berehat. Namun berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurus, saya boleh katakan Sanchez tak akan bermain lagi tahun ini.”

“Belum ada imbasan [scan] lagi dilakukan, namun beliau pemain berpengalaman dan beliau tahu akan kecederaan yang beliau alami. Dan berdasarkan pengalaman saya, ianya satu kesakitan yang teruk dan ianya akan mengambil tempoh yang lama.”

Man. United akan berhadapan dengan Southampton, pada hari ini – 1.30 waktu Malaysia. Ianya diikuti perlawanan menentang Arsenal dan Fulham.

Pada Januari, Man. United akan berhadapan dengan Valencia diikuti lawatan ke Anfield selepas itu.

Alexis Sanchez hanya menjaringkan 4 gol daripada 30 perlawanan beliau beraksi untuk Man. United setakat ini. Ketika di Arsenal beliau menjaringkan 80 gol daripada 166 perlawanan.

Ternyata bukan tahun yang baik untuk Alexis Sanchez. Mampukah beliau bangkit pada tahun 2019 nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN