La Liga Bukan Hanya Berkisar Tentang El Clasico

La Liga El Clasico

Apabila bercakap tentang La Liga, pastinya kebanyakan peminat bola sepak lebih tertumpu kepada El Clasico, iaitu pertembungan yang melibatkan dua pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona.

Tetapi tahukah anda sebenarnya liga tersebut juga terdapat beberapa perlawanan tumpuan lain? Antaranya adalah melibatkan derbi setempat seperti Derbi Valencia, Derbi Basque, Derbi Madrid dan Derbi Seville.

Bagi memperkenalkan lebih lanjut budaya, sejarah dan tradisi ikonik bola sepak Sepanyol, La Liga telah menganjurkan majlis bersama pengamal media di sebuah restoran makanan Sepanyol, Marta’s Kitchen, Sri Hartamas.

Wakil delegasi La Liga di Malaysia, Girgio Pompili Rossi ketika bercakap dalam majlis tersebut menjelaskan bahawa tujuan pihaknya mengadakan majlis tersebut adalah untuk membawa La Liga lebih dekat dengan peminat dan media di Malaysia.

[L] Chef Marta, Dr Sergio Camacho, Jose Miguel Cornivos Lafuente, Giorgio Pompili Rossi and Luis Cacho [R]
“Di La Liga, kami membawakan liga dan seluruh negara [Sepanyol] ini bersama budaya dan tradisinya ke serata dunia,” kata Girgio.

“Malaysia juga merupakan sebuah negara dengan pelbagai keunikan di mana bola sepak dan makanannya menjadi keistimewaan negara ini. Menerusi majlis ini, kami harap dapat menyediakan kepada semua tetamu kami dengan pengalaman terbaik mengenai negara kami.”

Derbi setempat paling menarik tentulah melibatkan dua pasukan di kota Madrid yang dikenali dengan El Derbi Madrileno iaitu pertembungan melibatkan Real Madrid dan Atletico Madrid.

Dr Sergio Camacho and
Chino_Latino ensemble

Derbi Valencia pula lebih dikenali dengan nama Derby del Turia yang mempertemukan Valencia CF dan Levante UD. Manakala Derbi Basque pula melibatkan dua pasukan di wilayah Basque iaitu Real Sociedad dan Athletic Bilbao.

Satu lagi derbi yang menarik adalah Derbi Seville atau El Gran Derbi yang menyaksikan permusuhan dua kelab  di wilayah Seville iaitu Real Betis dan Sevilla.

Dalam majlis tersebut, turut dijemput adalah pemain tengah Selangor, Oliver Buff yang menceritakan pengalamannya beraksi di La Liga selama dua musim sewaktu bersama pasukan Real Zaragoza.

Pengamal media juga telah diberi hidangan makanan Sepanyol hasil masakan Chef Marta serta dihiburkan dengan nyanyian serta muzik Sepanyol oleh kumpulan Chino Latino Ensemble yang diketuai oleh Dr. Sergio Camacho.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Sepanyol:

VIDEO: Gol-Gol Pemain Real Madrid Dari Brazil Dalam El Clasico

De Jong & Valverde: Pertembungan Dua Jeneral Muda Di El Clasico

Kebangkitan Granada: Dari Kelab Tanpa Hala Tuju Kepada Pendahulu La Liga

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN