Real Madrid akan melayan kunjungan Barcelona pada awal pagi nanti. Kemenangan kepada mana-mana satu apsukan akan mempengaruhi perlumbaan untuk kejuaraan La Liga pada musim ini.
Buat masa ini Atletico Madrid masih berada di kedudukan teratas La Liga dengan kelebihan satu mata ke atas Barcelona di tangga kedua. Real Madrid turut mengintai peluang mendaki kedudukan saingan apabila hanya ketinggalan dua mata kepada Barcelona, dan satu mata kepada Atletico Madrid.
Sudah lama El Clasico tidak menjadi sepenting perlawanan yang akan berlangsung pada awal pagi nanti. Berlangsung di Estadio Alfredo di Stefano, berikut adalah 8 perkara dan faktor yang akan menentukan perjalanan dan hala tuju perlawanan.
Rentetan keputusan positif
Kedua-dua pasukan telah melalui beberapa siri perlawanan yang berakhir dengan keputusan positif kebelakangan ini. Kali terakhir Real Madrid tewas ialah pada 30 Januari kepada Levante. Sejak itu Los Blancos telah merekodkan 11 kemenangan berturut-turut.
📋✅ Our 19-man squad for the match 🆚 @FCBarcelona! #ElClásico pic.twitter.com/cgKEBydBsz
— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) April 9, 2021
Kali terakhir Barcelona tewas pula ialah ketika disingkirkan oleh Paris Saint-Germain dari pertandingan UEFA Champions League. Kali terakhir tewas dalam saingan La Liga ialah pada 6 Disember selepas dikejutkan oleh Cadiz.
Mood pasukan
Selepas melalui rentetan keputusan positi, sudah tentu kedua-dua pasukan sedang bersemangat menuju ke perlawanan ini. Kemenangan 3-1 ke atas Liverpool baru-baru ini turut menambah keyakinan anak buah Zinedine Zidane.
The squad for #ElClasico! pic.twitter.com/ntRWjsQfb2
— FC Barcelona (@FCBarcelona) April 9, 2021
Beberapa pemain kelihatan bertambah yakin terutamanya Vinicius Jr yag menjaringkan dua gol dalam aksi membenam The Reds.
Perlawanan sebelumnya menyaksikan Barcelona beraksi berhabis-habisan sebelum menang dengan gol minit akhir untuk menewaskan Real Valladoilid. Ia seperti tiada pasukan mampu menghalang mereka pada ketika ini.
Tahap kecergasan
Menjelang perlawanan pada awal pagi nanti, sudah tentu keupayaan Real Madrid memastikan pemain mereka berada di tahap kecergasan terbaik selepas perlawanan pada pertengahan minggu amat penting.
Perlawanan menentang Liverpool boleh menyebabkan dua perkara. Tatkala pemain mungkin kembali dengan keadaan fizikal yang agak keletihan, perlawanan sebegitu turut boleh membantu pemain mengekalkan intensiti mereka.
Tomorrow will be the first #ElClásico without @SergioRamos since May 2011. A run of 32 Clásicos in a row comes to an end. pic.twitter.com/xBZpwJqt9M
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) April 9, 2021
Barcelona sebaliknya berehat agak lama (seminggu tanpa perlawanan). Dari pandangan mata kasar, kelebihan dimiliki oleh skuad kendalian Ronald Koeman.
Perbandingan barisan pertahanan
Kedua-dua pasukan melalui kecederaan pemain. Real Madrid sudah pasti kehilangan Dani Carvajal, Sergio Rams dan Rapahel Varane. Dalam perlawanan menentang Liverpool, Lucas Vazquez, Eder Militao dan Nacho Fernandez membuktikan diri mereka sebagai pengganti yang boleh diharapkan.
https://twitter.com/Sanjaybaskar7/status/1380762942556147718
Skuad kendalian Ronald Koeman pula bergantung kepada kehadiran Gerard Pique untuk mengetuai benteng pertahanan mereka. Pemain antarabangsa Sepanyol itu kerap disisihkan akibat kecederaan luar jangka sepanjang musim ini..
Perbandingan jentera tengah
Inilah bahagaian dan faktor terpenting yang akan menentukan hala tuju perlawanan. Kedua-dua pasukan diperkuatkan oleh pemain antarabangsa. Pasukan yang terlebih dahulu menemui rentak akan mempunyai kelebihan.
Gandingan Casemiro, Kroos dan Modric adalah penggerak utama Real Madrid yang kelihatan seperti sukar disekat pada hari terbaik mereka.
Di kem Barcelona Busquets, De Jong dan Pedri juga berkeupayaan memberi saingan yang setanding.
Perbandingan jentera serangan
Jika ketajaman di hadapan gol dijadikan perbandingan maka sentuhan Dembele, Messi dan Griezemann dianggap lebih berbisa dan konsisten. Namun gandingan Vinicius Jr, Benzema dan Asensio turut berjaya membuktikan kemampuan mereka akhir-akhir ini.
El Clasico. Tomorrow. Can’t wait 🍿 pic.twitter.com/yisHDorZwA
— B/R Football (@brfootball) April 9, 2021
Namun tumpuan sebenar perlawanan ini juga pasti akan terarah kepada Messi. Ini kerana pemain antarabangsa Argentina ini pada hari terbaiknya mampu menewaskan mana-mana pasukan secara bersendirian. Sekiranya ini berlaku, Barcelona sudah separuh kaki bakal meraikan kemenangan..
Sebaliknya jika segala serba tidak kena buat Messi, maka Real Madrid adalah pilihan jelas untuk menang perlawanan ini.
Kebolehan individu
Barcelona mempunyai kelebihan kerana mempunyai beberapa pemain yang memiliki kelebihan individu. Messi sekali lagi akan menjadi perhatian. Begitu juga dengan kelincahan Ousmane Dembele yang bijak membuka ruang untuk mencipta peluang.
Tomorrow: El Clasico.
A game of icons 🤩 (THREAD) pic.twitter.com/xx608mbWgt
— B/R Football (@brfootball) April 9, 2021
Barcelona memang banyak bergantung kepada magis yang ditampilkan oleh kedua-dua pemain ini dalam permainan mereka.
Kemampuan secara berpasukans
Real Madrid pula dilihat memiliki kelebihan dengan konsep permainan berbeza. Mereka bertahan sebagai satu unit, dan kemudian bergerak ke fasa serangan dalam organisasi yang lebih tersusun.
Leo Messi has scored as many El Clasico goals (26) as the entire Real Madrid squad combined 🤯 pic.twitter.com/MUvGjCR518
— ESPN FC (@ESPNFC) April 9, 2021
Ini bukan menghairankan mengambil kira pendekatan structurual oleh Zidane yang lebih rigid dalam permainan.
Kelebihannya, pemain akan lebih menyokong sesama lain – perkara yang menjadi kekurangan Barcelona secara berpasukan.
Penutup
Pasukan manakah yang akan memiliki kelebihan menuju ke perlawanan ini? Siapakah pemain bintang yang akan menyerlah? Atau adakah ini bakal menjadi El Clasico terakhir Lionel Messi sekiranya beliau berhijrah dari Nou Camp pada musim panas nanti?
Kongsikan pendapat anda kepada kami melalui platform yang disediakan. Kami mahu mendengarnya daripada anda.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan La Liga di sini:
Zinedine Zidane: DNA Real Madrid Adalah Untuk Memenangi Piala
De Jong & Valverde: Pertembungan Dua Jeneral Muda Di El Clasico
VIDEO: Gol-Gol Pemain Real Madrid Dari Brazil Dalam El Clasico