Gareth Bale diarahkan untuk keluar dari padang permainan selepas menjaringkan dua gol untuk membantu Real Madrid mengikat Villareal pada awal pagi tadi.
Bale yang pada keseluruhan jendela musim panas yang lalu dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan Bernabeu, dilayangkan kad kuning pada setiap babak permainan – menjaringkan gol yang sekaligus menamatkan kemarau 169 tanpa jaringan liga.
Villareal terlebih dahulu memperolehi pendahuluan melalui Gerard Moreno tetapi Bale berjaya menyamakan kedudukan untuk Real sebelum tamat babak pertama permainan.
—Not in China
—Two equalisers
—Sent offTry keeping Gareth Bale out of the headlines ✍️ pic.twitter.com/VgWfNeGkt8
— B/R Football (@brfootball) September 1, 2019
Skrip babak pertama berulang pada babak kedua permainan. Kali ini giliran Moi Gomez meletakkan Villareal di hadapan – hanya untuk Bale menyamakan kedudukan ketika perlawanan masa sebenar berbaki empat minit.
Villareal memulakan perlawanan dengan meyakinkan sehingga Moreno berjaya memanfaatkan bola muntah yang gagal ditampan kemas Thibaut Courtois selepas percubaan Karl Toko Ekambi.
Namun pasukan pelawat, Real Madrid secara perlahan-lahan kembali ke permainan sehingga berjaya menjaringkan gol melalui Bale pada babak akhir permainan. Ia adalah jaringan pertama Bale sejak Zinedine Zidane kembali menyertai kelab tersebut.
Madrid kemudiannya tampil sebagai pasukan yang lebih dominan pada babak kedua. Toni Kroos mempunyai dua percubaan berturut-turut diselamatkan oleh Andres Fernandez sebelum percubaan Karim Benzema dibatalkan kerana offside.
Villarreal 2-2 Gareth Bale pic.twitter.com/aBAV6StTrn
— B/R Football (@brfootball) September 1, 2019
Gomez seperti telah memberikan kemenangan buat Villareal, sebelum Bale menyamakan kedudukan pada minit akhir permainan – melakukan satu cut-inside ke arah kiri sebelum merembat melepasi Fernandes.
Kemudian ia adalah tempoh dua minit yang pelik buat Bale. Dilayangkan kad kuning pertama kerana ‘sikap’ di atas padang tatkala perlawanan hampir tamat, layangan kedua menyusul dua minit kemudian kerana menghulur kaki agak tinggi.
Ini menjadikan Bale sebagai pemain Real Madrid kedua yang pernah menjaringkan dua gol sebelum dilayangkan kad merah selepas Cristiano Ronaldo.