Highlight EPL: Aubameyang Selamatkan Arsenal, VAR Selamatkan Spurs

Pertarungan derbi London Utara demam menyaksikan kedua-dua pasukan itu Arsenal dan Spurs, hanya mampu mencatatkan keputusan seri.

Tottenham Hotspur mendahului 2 gol dalam perlawanan ini. Spurs di hadapan seawal minit ke-10 apabila Christian Eriksen melakukan tolakan mudah, sebaik sahaja bola termuntah daripada Bernd Leno.

Kira-kira 5 minit perlawanan menuju ke wisel rehat separuh masa, kapten Arsenal, Granit Xhaka menerjah Son Heung Min dan memberikan penalti kepada Spurs.

Harry Kane tidak melakukan kesilapan daripada titik penalti. Beliau melakukan penalti yang cantik menewaskan Bernd Leno.

Walaubagaimanapun, kelekaan Tottenham membuatkan mereka melepaskan bolos pada masa kecederaan separuh masa. Alexander Lacazette melakukan 2 sentuhan yang cantik dalam keadaan sempit dan merembat deras, dari jarak dekat menewaskan Hugo Lloris.

Pada separuh masa kedua, Unai Emery melakukan beberapa perubahan. Kemasukan Dani Ceballos memberikan impak segera. Beliau menguji Hugo Lloris dengan percubaan luar kotak yang cantik.

Nicolas Pepe memiliki beberapa peluang dalam perlawanan ini namun sayangnya beliau tumpul di hadapan gol.

Pendekatan Spurs yang agak defensif ternyata memakan diri. Mereka terlalu turun ke bawah dan membenarkan Arsenal menikmati penguasaan bola di kawasan mereka.

Dan pada minit ke-71, berpunca daripada hantaran cantik Guendouzi, bola tersebut disambar oleh Aubameyang yang menyamakan kedudukan untuk Arsenal.

Selepas gol itu, barulah Spurs melakukan beberapa siri serangan sekali lagi.

Pada minit ke-80, Sokratis Papastathopoulos menyaksikan gol beliau dibatalkan oleh VAR. Spurs sekali lagi diselamatkan oleh VAR.

Kedua-dua pasukan gagal menambah sebarang gol selepas itu.

Tamat perlawanan Arsenal 2 Tottenham Hotspur 2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN