Real Madrid kini bergelar pendahulu La Liga selepas mencatatkan kemenangan berharga dalam pertemuan El Clasico di Estadio Alfredo di Stefano pada awal pagi tadi.
Dalam perlawanan yang turut dihiasi dengan cuaca hujan itu, Karim Benzema memecah kebuntuan jaringan dalam perlawanan ini dengan satu flick di near-post pada minit ke-13 perlawanan.
Real menambah kelebihan sebelum babak pertama berakhir melalui sepakan percuma Toni Kroos yang terbias pemain lawan.
⚽📖 A story in four parts:#ElClásico pic.twitter.com/TVLnX9DCBI
— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) April 10, 2021
Oscar Minguenza berjaya mengurangkan defisit buat Barcelona untuk harapan kembali bangkit. Pemain tengah, Casemiro kemudiannya menerima layangan kad merah pada babak akhir perlawanan.
Barca pasti kecewa apabila rembatan Ilaix Moriba pada babak akhir perlawanan sekadar mengenai palang.
Keputusan tersebut membenarkan Real melonjak ke atas Atletico Madrid kerana rekod head-to-head yang lebih baik milik mereka.
Atletico boleh merampas kembali kedudukan teratas La Liga sekiranya menewaskan Real Betis lewat hari ini.
Real diuji sehingga minit akhir
Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane menganggap setiap perlawanan ibarat perlawanan akhir. Mereka hanya hilang empat mata dari sembilan perlawanan La Liga yang dilalui sebelum perlawanan El Clasico ini.
Gol Benzema amat penting untuk membuka laluan kemenangan dalam perlawanan ini dan memintas Atletico di kedudukan teratas.
Penyerang berusia 33 tahun itu menjadi pemain pertama menyambut hantaran rendah Lucas Vasquez, menewaskan Marc-andre ter Stegen dengan satu backheel flick untuk gol ke-25 peribadi dari 35 penampilan dalam semua pertandingan pada musim ini.
Barcelona turut menampilkan kebangkitan pada musim ini dengan 16 kemenangan dan tiga seri dari 19 perlawanan La Liga terakhir mereka.
Skuad Ronald Koeman mendominasi perlawanan tetapi terus ketinggalan apabila sepakan percuma Kroos terbias oleh Sergino Dest untuk sekali lagi menewaskan Ter Stegen.
Federico Valverde boleh menjadikan kedudukan 3-0 sebelum babak pertama berakhir, tetapi percubaan beliau terkena far post sebelum bola melantun keluar.
Real Madrid have sunk Barcelona in #ElClasico 👑 pic.twitter.com/a2F7c4FeIO
— GOAL (@goal) April 10, 2021
Ronald Koeman kemudiannya melakukan perubahan dengan menukar formasi dari 3-5-2 kepada 4-3-3 pada babak kedua dan ia berhasil apabila 15 minit selepas babak kedua bermula Mingueza menyambar hanyatan lintang Jordi Alba untuk menewaskan Thibaut Courtois.
Kedudukan 2-1 bermakna Real Madrid berada di dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan kelebihan yang ada.
Vinicius Junior turut melihat percubaan beliau dinafikan tang gol ketika Real cuba mengembalikan kelebihan dua gol. Lionel Messi turut melihat sepakan penjuru inswinger beliau mengegarkan palang pada babak pertama.
Barcelona menyaksikan banyak bantahan kepada pengadil dalam perlawanan ini tidak diendahkan terutama selepas Martin Braithwaite dijatuhkan oleh Ferland Mendy. Terjahan lambat ke atas Mingueza akhirnya menyaksikan Casemiro dilayangkan kad kuning kedua.
Pasukan pelawat hampir menjaringkan gol penyamaan pada babak akhir prlawanan apabila Moriba menyambar bola muntah yang melantun dari tiang gol Real tetapi gagal memanfaatkannya.
Real Madrid (4-1-4-1): Courtois; Lucas Vazquez (Odriozola 43), Militao, Nacho, Mendy; Casemiro; Valverde (Asensio 61), Kroos (Isco 72), Modric, Vinicius (Marcelo 72); Benzema (Mariano 72)
Substitutes: Lunin, Rodrygo, Altube
Goals: Benzema 13, Kroos 28
Booked: Nacho
Sent off: Casemiro
Barcelona (3-4-2-1): ter Stegen; Mingueza, Araujo (Moriba 72), Lenglet; Dest (Griezmann 45), Busquets (Roberto 64), de Jong, Alba; Messi, Pedri (Trincao 81) ; Dembele (Braithwaite 81)
Substitutes: Pique, Pjanic, Puig, Umtiti, Firpo, Pena, Tenas
Goal: Mingueza 60
Booked: Araujo, Alba, Pedri
Referee: Jesus Gil Manzano