5 Perkara Dari Kejayaan Liverpool Lunas Dendam Terhadap Aston Villa

Liverpool berjaya menewaskan Aston Villa 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada malam tadi. Kemenangan tersebut menjadi amat berharga kerana ia seakan-akan berjaya memadam memori dimalukan lawan yang sama apabila dibelasah 8-2 oleh Aston Villa dalam pertemuan pertama kedua-dua pasukan pada musim ini.

Melunaskan dendam bukan satu-satunya perkara menarik yang boleh kita ambil dari perlawanan ini. Berikut kami senaraikan 5 fakta lain yang dinilai sepanjang perlawanan.

Badi Anfield terpadam

Selepas tujuh kekalahan secara berturut-turut di stadium yang digelar keramat oleh The Kops, akhirnya kemenangan menjelma. Dan kemenangan tersebut dicapai dengan penuh bergaya. Gol rembatan ibarat peluru daripada Trent Alexander-Arnold yang ditujukan ke penjuru kanan pada minit ke-91 perlawanan memberikan gol kemenangan kepada skuad Jurgen Klopp.

Ia adalah persembahan yang baik dari skuad Liverpool dalam perlawanan ini. Ia jelas satu perubahan ketara selepas tujuh perlawanan. Sekurang-kurangnya Liverpool kini boleh merasa optimis setiap kali berhadapan lawan di Anfield, bermula dengan Real Madrid pada pertengahan minggu akan datang. Kemenangan 2-1 ke atas Villa akhirnya memadam badi kemenangan di Anfield.

Trent Alxander-Arnold diamkan pengkritik

Asalkan ianya mengenai pemilihan pemain untuk skuad England, maka anda tidak boleh lari dari perdebatan. Begitu juga dengan barisan pemain yang akan beraksi di Euro 2020, terutama di posisi bek kanan. Salah satu perkara didebatkan ialah adakah wajar Alexander-Arnold menyertai skuad itu dan menjadi tunjang pasukan.

Ia mungkin tidak logik jika Gareth Southgate tidak menyernaraikan pemain ini. Merupakan pemenang Champions League dan Premier League, Trent hanya berusia 22 tahun. Dalam perlawanan pada malam tadi beliau berjaya mendiamkan pengkritiknya dengan Southgate sendiri turut hadir di Anfield. Konsistensi dalam baki perlawanan sehingga ke penghujung musim amat penting untuk pemain bek kanan ini.

Roberto Firmino tampil prestasi terbaik

Selepas melalui musim serba tidak menentu ramai berpendapat waktu Firtmino bersama Liverpool kini sudah singkat. Kita semua tahu impak Firmino di bahagian tengah trio serangan Liverpool sebelum ini. Pemain dari Brazil itu hanya mampu meyumbang enam gol di dalam aksi liga. Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan pada malam tadi, Firmino sekali lagi mengingatkan kita kepentingan dirinya kepada jentera serangan Liverpool denga kelincahannya.

Liverpool hilang khidmat Firmino dalam perlawanan menentang Real Madrid. Firmino adalah jenis pemain yang akan turun ke bawah, berani membawa bola dan mencipta peluang untuk rakan sepasukan yang lain. Firmino hampir pasti akan memulakan perlawanan menentang Real Madrid dalam usaha Klopp menukar defisit jaringan. Dalam perlawanan malam tadi, Firmino tidak bernasib baik apabila dinafikan VAR sebagai penjaring.

Alisson merisaukan

Tiada siapa menafikan Alisson Becker telah menjadi penjaga gol terbaik dunia sejak menyertai Liverpool. Beliau telah membanti skuad Jurgen Klopp memenangi banyak mata sebelum ini, dan tanpa Alisson mustahil Liverpool mampu meraih kejuaraan Champions League di Madrid sebelum ini. Musim ini seperti kebanyakkan rakan sepasukan yang lain, kualiti dan prestasi yang ditampilkan oleh penjaga gol ini telah merudum.

Alisson Becker
(Photo by Paul Ellis – Pool/Getty Images)

Terlalu banyak kesilapan dilakukan dan dua perlawanan terakhir adalah antara buktinya. Gol jaringan Ollie Watkins pada malam tadi sepatutnya dengan mudah boleh dielakkan sekiranya Alisson memilih untu menyepak sahaja bola tersebut.

Terdapat penyokong kini menyamakan Alisson dengan Pepe Reina. Penjaga gol dari Sepanyol itu turut melalui maslaah prestasi merudum pada pengakhiran karier di Anfield.

McGinn ganti Wijnaldum?

Aston Villa menarik perhatian ramai pada musim ini kerana corak permainan menarik yang ditampilkan pasukan ini. Salah seorang pemain yang kurang didendang ialah John McGinn. Pemain tengah ini memainkan peranan penting di dalam skuad Dean Smith dengan kerja keras melakukan kerja-kerja bertahan untuk membenarkan pemain tengah menyerang bebas melakukan kerja mereka.

Lebih menarik McGinn turut akan membantu ketika menyerang. Enam bantuan gol yang dilakukan oleh pemain berusia 26 tahun, McGinn masih mempunyai masa untuk menyertai mana-mana kelab yang lebih besar dan mencipta nama untuk dirinya. Wijnaldum dikatakan menarik perhatian Barcelona pada musim panas akan datang. McGinn pula mempunyai profil sebagai pengganti kepada Wijnaldum.

Penutup

Kemenangan ke atas Aston Villa pada malam tadi melonjakkan Liverpool ke kedudukan ke-5 Liga Perdana Inggeris, ketinggalan dua mata ke atas Chelsea yang berada di keduduan ke-4.

Berbaki tujuh perlawanan sahaja lagi, skuad kendalian Jurgen Klopp perlu merekodkan keputusan positif secara konsisten untuk mengimpikan slot ke Champions League musim hadapan.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola). 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:

5 Sebab Liverpool Perlu Sambar Cristiano Ronaldo Jika Juventus Sudah Muak

Jurgen Klopp Puas Dapat Diamkan Pengkritiknya

5 Kualiti Virgil Van Dijk Yang Dirindui & Buat Liverpool Hilang Arah

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN