LA Galaxy Mahu Pastikan Ibrahimovic Tidak Dipancing AC Milan

Zlatan Ibrahimovic

Pengarah Teknikal LA Galaxy, Jovan Kirovski berkata kelab Major League Soccer (MLS) itu sedang berusaha keras untuk memastikan Zlatan Ibrahimovic terus kekal bersama mereka selepas ini.

Bekas penyerang antarabangsa Sweden itu masih mempunyai baki kontrak setahun bersama Galaxy, namun pemain itu kini turut dikaitkan dengan AC Milan di Serie A Itali.

Zlatan

Pemain berharga LA Galaxy

Laporan oleh Football Italia juga berkata wakil kelab yang berpengkalan di Los Angeles itu akan menemui ejen Mino Raiola dalam tempih terdekat dan menegaskan tidak akan melepaskan Ibrahimovic begitu sahaja.

“Ibrahimovic adalah pemain yang hebat untuk kami dan juga MLS,: ujar Kirovski kepada wakil Sky Sports Italia, Gianlica Di Marzio ketika ditemubual.

“Ibrahimovic adalah pemain terbaik yang pernah beraksi di sini. Beliau ibarat seorang pembunuh, yang sentiasa mahu menang dan menjaringkan gol.

Zlatan Ibrahimovic

Masih punyai baki kontrak

“Kontrak beliau bukannya akan tamat. Beliau masih memiliki setahun kontrak untuk kekal di sini. Kami mahukan beliau gembira bersama pasukan ini, dan kami akan memastikan apa sahaja yang perlu dilakukan untuk beliau terus beraksi untuk Galaxy.

“Ibrahimovic adlaah pemain istimewa dan unik. Keupayaan beliau untuk menghasilkan bantuan gol, dan menjaringkan gol selepas kecederaan yang dialami beliau ketika bersama Manchester United adalah menakjubkan.

“Di dunia ini ada ramai pemain hebat. Tetapi tidak ada pemain yang boleh disamakan dengan Zlatan Ibrahimovic.”

Ibrahimovic menjaringkan 22 gol daripada 27 penampilan untuk LA Galaxy pada musim pertama beliau di MLS.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN