Bekas Pemain Anggap ‘Bola Sepak Moden Guardiola’ Punca Kemerosotan Jerman

Pep Guardiola adalah individu yang perlu dipersalahkan kerana kemerosotan mendadak prestasi Jerman di pentas antarabangsa. Kenyataan tersebut kedengaran janggal – namun demikianlah dakwaan bekas pemain antarabangsa Die Mannschaft, Hans Peter Briegel.

Selepas prestasi suram di Piala Dunia 2018 pada musim panas yang lalu, Jerman turut tersingkir dari Kumpulan A1 pertandingan UEFA Nations League, tanpa sebarang kemenangan. Perkembangan terbaru ini terus memberi tekanan kepada jurulatih Joachim Low dan juga barisan pemain.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)
Taktikal moden mengarut

Jerman adalah juara dunia pada 2014 dan Briegel menjelaskan ianya adalah kerana ‘taktikal moden’ yang diterapkan Guardiola sebagai punca kemerosotan pasukan itu di pentas antarabangsa.

“Ini semua salah beliau [Guardiola]. Beliau menipu kami apabila sering berkata anda akan menang sekiranya memiliki 75% penguasaan bola,” ujar Briegel kepada Republica.

“Tetapi semua itu tidak benar kerana keputusan akhir adalah lebih penting daripada menguasai keseluruhan perlawanan.

“Menguasai penguasaan bola semata-mata tidak cukup untuk menang. Perancis memberikan indikasi paling jelas dengan menjuarai Piala Dunia.

Joseph Guardiola, head coach of FC Bayern Muenchen visits the FC Bayern Muenchen supporter club `Bavarian Bazis Vilsbiburg`at Gasthaus Breitenbacher on November 29, 2015 in Vilsbiburg, Germany.

“Malah anda boleh menang dengan corak permainan yang lebih tradisional. Bukan kualiti permainan yang harus dipentingkan, tetapi sesebuah pasukan itu perlu memiliki keseimbangan.

Bola sepak Jerman terus suram

Jerman gagal melepasi peringkat kumpulan di Piala Dunia yang lalu – termasuk kekalahan 2-0 yang dianggap memalukan kepada Korea Selatan di perlawanan terakhir kumpulan.

Manakala di saingan UEFA Nations League, skuad bimbingan Joachim Low sah tersingkir dari Kumpulan A1 selepas hanya seri sekali, dan tewas dua kali. Kemenangan pada awal pagi tadi ke atas Belanda sudah pun tidak membawa apa-apa makna.

Pep Guardiola adalah pengurus Bayern Munich pada 2013 sehingga 2016. Hans Peter Briegel pula adalah bekas pemain pertahanan Jerman barat di antara tahun 1976 sehingga 1986. Selain daripada pernah membimbing pasukan kebangsaan Albania pada tahun 2002-2006, Briegel turut pernag bergelar jurulatih skuad kebangsaan Bahrain pada 2007.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN