L’ Equipe melaporkan yang Liverpool membida Thomas Lemar dengan nilai €80 juta. €72 juta dibayar secara prinsipal dan €8 juta lagi pada akhir musim.
Sebelum ini Jurgen Klopp membayangkan yang mereka sedang berusaha memperbaiki pasukan. Beliau berkata:
“Apa-apa boleh berlaku dalam perpindahan kali ini. Ianya perkara yang saya sedang fikirkan selain daripada persiapan setiap perlawanan. Namun jika kami tidak dapat menandatangani pemain baru, saya masih yakin dengan pasukan yang kami ada sekarang.”
Sebentar tadi Sky Sports turut mengeluarkan berita yang sama tetapi dengan nilai yang lebih rendah iaitu sekitar €60 juta ataupun £55 juta.
L’ Equipe menyatakan yang Monaco masih mempertimbangkan urusan ini kerana mereka sudah terlalu banyak melepaskan pemain. Namun, jika mereka berjaya mendapatkan pengganti dalam masa terdekat, Lemar mungkin akan dilepaskan.
Minggu lalu, Wenger menegaskan yang Arsenal ada cuba merisik Lemar. Tetapi Monaco tidak mahu melepaskan Lemar. Namun tawaran Arsenal dilaporkan hanya £35 juta.
Lemar cemerlang membantu Monaco menjuarai Ligue 1 musim lalu. Beliau menjaringkan 12 gol untuk Monaco. Kontrak beliau masih ada 3 tahun lagi.
Baki jendela perpindahan memasuki minggu akhir. Adakah ini petanda yang Coutinho akan dilepaskan dalam perpindahan kali ini? Ini kerana Coutinho bermain no.8 dalam skuad Klopp.