Jovetic No.10 Monaco Yang Baru, Isyarat Jelas M’bappe Sah Ke PSG?

AS Monaco seakan-akan sudah mengesahkan pemergian Kylian Mbappe. Ini kerana mereka memberikan jersi no.10 kepada Stevan Jovetic. Tular di twitter gambar Jovetic dengan jersi no.10.

Semalam L’ Equipe melaporkan yang PSG hampir pasti mendapatkan M’bappe secara pinjaman dengan opsyen beli €169 juta. Ini kerana PSG tidak boleh berbelanja besar lagi selepas membayar €222 juta untuk Neymar.

Monaco tidak mampu memenuhi permintaan gaji M’bappe yang terlalu tinggi. Hanya PSG dan Real Madrid yang boleh membayar gaji sebanyak itu.

Stevan Jovetic antara pemain yang cemerlang ketika bersama City. Namun beliau dijual selepas City tidak mampu menjanjikan lebih minit kepada beliau. Ketika di Inter Milan, Jovetic bergelut dengan prestasi.

Jovetic dijangka akan melakukan debut untuk Monaco dalam perlawanan menentang Olympique Marseille.

Selain daripada Monaco, Newcastle United dikatakan antara kelab yang bersungguh-sungguh mahukan Jovetic. Tetapi Monaco hadir pada saat-saat akhir untuk menarik pemain itu dengan menawarkan gaji lebih lumayan dan juga UCL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN