Kylian Mbappe Tolak Kontrak Baharu, Tetap Berdegil Mahu Ke Real Madrid

Kylian Mbappe

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe tetap berdegil untuk mahu meninggalkan kelab itu.

Baru-baru ini, pemain tersebut dilaporkan telah menolak kontrak lanjutan yang ditawarkan oleh PSG kerana masih mahu bergerak keluar ke Real Madrid.

Menurut laporan MARCA, Mbappe dilaporkan menolak lanjutan kontrak baharu yang ditawarkan PSG yang menyaksikan dirinya akan memperoleh gaji yang sama seperti Neymar.

Namun begitu, ianya telah ditolak pemain tersebut walaupun kontrak itu menawarkan Mbappe akan memperoleh kontrak selama enam tahun.

Situasi di PSG menyaksikan kesemua pemain berusaha untuk memastikan Mbappe kekal di sana terutamanya Neymar yang menjadi rakan serangan beliau.

Malah, pemain baharu seperti Sergio Ramos dan Lionel Messi turut mahu Mbappe kekal dalam pasukan mereka.

Di pihak Real Madrid, mereka dijangka akan memberikan tawaran kepada PSG untuk membawa Mbappe menyertai mereka.

Namun begitu mereka menantikan masa yang sesuai sebelum mengetuk pintu kerana situasi di PSG ketika ini tidak begitu baik.

Hal ini kerana, hubungan antara Mbappe dan PSG mengalami keretakan dengan pemain itu turut dicemuh oleh penyokong mereka baru-baru ini.

Seandainya beliau berjaya ke Real, Mbappe bakal menjadi pemain utama dalam skuad disaat Carlo Ancelotti mahu membina revolusi kepada pasukan itu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN