Kyle Walker Tidak Sabar Julang Trofi Pada Hari Ahad Ini

Pendahulu liga Perdana Inggeris, Manchester City sudah melupakan kekalahan Piala FA kepada Wigan Athletic dan kini menumpukan perhatian kepada perlawanan akhir Piala Carabao.

Mereka akan menentang Arsenal pada perlawanan akhir di Wembley yang dijadualkan pada hari ahad ini.

Pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker mengatakan beliau sebenarnya tidak sabar untuk turun beraksi dan membantu pasukannya menjulang trofi pertama musim ini.

Pemain England berusia 27 tahun itu beberapa kali terbabit dalam pertembungan kelab tetangga London itu apabila beraksi sebanyak 229 kali buat Tottenham sepanjang lapan tahun di kelab itu sebelum menyertai City, Ogos lalu.

Walker terbabit dalam semua aksi City di Piala Liga setakat ini dan tidak sabar menyambung kembali ‘permusuhannya’ dengan Arsenal tetapi memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya berwaspada dengan skuad Arsene Wenger yang semakin mantap.

“Spurs kelab yang dekat di hati saya dan kejayaan terhadap musuh ketat mereka, juga pastinya satu perasaan yang menakjubkan.

“Namun inilah bola sepak dan apa saja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit,” kata Walker.

“Mereka membeli beberapa pemain hebat Januari lalu dan kami perlu berjaga-jaga, apa yang boleh kami katakan: ‘Semoga pasukan terbaik menang.'”

Walker dua kali hampir menjulang kejuaraan bersama Tottenham tetapi kelab itu semakin merosot dan pertahanan itu berkata, keputusannya meninggalkan pasukan kendalian Mauricio Pochettino untuk menyertai City sebahagiannya disebabkan kurangnya kejuaraan.

“Saya terlalu ingin menjulang trofi.

“Saya benci kegagalan dan menyertai Tottenham untuk beberapa tahun lamanya dan tidak menjulang sebarang kejuaraan amat mengecewakan.

“Kami hampir menjuarainya selama dua musim, ketinggalan kepada Leicester City dan Chelsea dan saya tidak mahu mengulanginya bersama City.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN