Neymar Perlu Tinggalkan PSG Dan Sertai Real Madrid

Bekas bintang tengah Real Madrid, José María Gutiérrez Hernández (Guti) mencadangkan agar penyerang Brazil, Neymar tinggalkan kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) dan bermain bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid bagi mencapai tahap tertinggi dalam kariernya.

Neymar yang menyertai PSG pada musim lalu daripada Barcelona telah dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid sejak akhir-akhir ini.

“Saya berpendapat dia perlu berhijrah.

“Dia adalah pemain penting dalam Barcelona sewaktu masa dahulu kini sebaliknya ketika bersama PSG dan paling penting dia perlu dilihat beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Jika dia mahu melangkah lebih tinggi maka Real Madrid adalah pilihan tepat,” kata Guti.

Guti yang kini melatih pasukan remaja Real Madrid berkata kepada Cadena Ser Radio berharap agar bintang Brazil itu membuat pilihan yang tepat.

Guti turut berkata perkara yang terbaik pasal Real Madrid ialah tiada siapa termasuk Cristiano Ronaldo yang dijaminkan tempat dalam kesebelasan utama.

Real Madrid

Pengendali Madrid, Zinedine Zidane tidak membarisi 3 tonggak utama iaitu Gareth Bale, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo dalam 4 perlawanan di semua pertandingan dan memberikan peluang kepada pemain muda seperti Marco Asensio dan Lucas Vazquez.

“Zidane buktikan tiada siapa yang wajar diberi layanan istimewa. Mereka ada pemain yang hebat dan berkelas tinggi serta merupakan pemain penting dalam pasukan.

“Tetapi apa yang Zidane lakukan ialah beliau sedang membentuk skuad yang  mempunyai kekuatan seimbang dan semua pemain perlu membuktikan mereka boleh bermain.

“Mulai sekarang, mereka perlu bekerja keras untuk mendapat peluang dalam kesebelasan utama,” jelas Guti.

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Guti turut memuji persembahan cemerlang Asensio dalam 12 perlawanan Liga tetapi percaya pemain yang berusia 22 tahun itu perlu meningkat tanpa sebarang tekanan.

“Asensio merupakan pemain muda yang hebat seperti Isco dan Cristiano. Ramai pemain bagus dalam skuad Real Madrid.

“Perkembangannya sangat bagus tetapi kita perlu memberi masa kepadanya. Zidane telah melakukan kerja yang bagus dan tahu bila Asensio patut bermain dan bila patut berada di bangku simpanan.

“Ada ramai lagi pemain yang lebih berpengalaman daripada Asensio tetapi kita perlu beri kebebasan untuk beliau meningkatkan tahap permainan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN