KVL M4: AZE FC, Subang United Sama-Sama Hambar Untuk Seri 0-0

AZE FC dan Subang United masing-masing berkongsi 1 mata dan mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain dalam perlawanan yang membosankan pada minggu ke-3 Klang Valley League (KVL) M4 di Stadium Mini Shah Alam.

Keadaan padang yang becak juga tidak membantu kedua-dua pasukan untuk mempamerkan aksi lebih menarik.

Pada separuh masa pertama, Subang United lebih banyak menyerang. Mereka berpeluang untuk menjaringkan gol awal menerusi tandukan Asyraf Ali. Tetapi pertahanan AZE pantas mengeluarkan bola beberapa saat sebelum melintasi garisan gol.

Selain daripada peluang tersebut, tak banyak yang berjaya diilhamkan oleh Subang United di sebalik penguasaan bola yang tinggi. Ditambah pula dengan pendekatan agresif dan defensif AZE, ia nyata mengacau emosi pemain Subang United seperti yang berlaku sebelum rehat separuh masa pertama.

Faris Rahani yang dibentes keras oleh pemain AZE, Syazwan Fikry bertindak balas dengan reaksi negatif seperti mahu bergaduh. Ini memaksa pengadil tiada pilihan selain mengarahkan kedua-dua pemain keluar padang.

Rahimi Rahim mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pendahuluan AZE sebelum rehat separuh masa pertama. Bagaimanapun tampanannya susulan sepakan penjuru tersasar ke tepi.

Pada separuh masa kedua, giliran AZE pula mendominasi perlawanan dan Subang United pula bertahan dan mengharapkan serangan balas. Tetapi skrip separuh masa pertama masih tidak berubah dengan kedua-dua pasukan menghasilkan kualiti hantaran terakhir yang sangat mengecewakan.

Ketika perlawanan menjejak 10 minit terakhir, Subang United mempunyai 2 peluang – kedua-duanya menerusi percubaan Rahmat Hidayat Idris. Pada percubaan pertama, percubaan Rahmat ditepis penjaga gol AZE. Pada cubaan kedua, rembatan rendahnya tersasar.

Keputusan seri 0-0 adalah keputusan yang adil buat kedua-dua pasukan, tetapi tidak bagi penonton perlawanan yang terpaksa membazirkan 70 minit hidup mereka menyaksikan perlawanan hambar ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN