Kuwait Akan Uji Harimau Malaya Sebelum Kunjungan Ke Thailand

Skuad Harimau Malaya kini berada di kedudukan terbaik di dalam Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, apabila menduduki tangga kedua kumpulan tersebut.

Namun ia tidak bererti skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan memiliki laluan mudah ke pusingan seterusnya, kerana tiga perlawanan bakal menanti menjanjikan kesukaran yang cukup mencabar.

Pasukan negara akan berkunjung ke tempat lawan untuk perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac akan datang, sebelum kembali ke tanah air untuk menanti cabaran Vietnam pada 31 Mac.

Embed from Getty Images

Malaysia akan mengakhiri kempen kelayakan pada kali ini dengan berkunjung ke Thailand pada 9 Jun.

Sebagai persiapan, beberapa perlawanan persahabatan telah dirancang untuk memastikan pasukan negara berada di tahap terbaik menjelang tiga perlawanan tersebut.

Bahrain menjadi pasukan pertama yang akan menguji kekuatan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan yang akan diadakan di Asia Barat sebelum perlawanan menentang UAE.

Terbaru, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan Kuwait pula akan menguji pasukan negara sebelum perlawanan getir menentang Thailand pada Jun akan datang.

FOTO: FAM

“Kami baru terima berita daripada Kuwait bahawa kami mungkin akan mengadakan perlawanan persahabatan, Jun depan, sebelum beraksi di Thailand.

“Kami mungkin mengharungi perlawanan persahabatan di tempat sendiri sebelum berlepas ke Bangkok,” kata Stuart Stadium Astro

Kuwait adalah pasukan yang berada di kedudukan ke-147 dunia, dan merupakan pasukan yang mampu menguji barisan pemain negara dari segi fizikal.

“Kami bukan sahaja menumpukan perhatian kepada [usaha memperbaiki] ranking tetapi perlawanan yang mencabar.

“Ia diharap memberi pengalaman dan persediaan kepada pasukan untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” tambah beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN