Barcelona Mahu Xavi Ganti Valverde

xavi

Barcelona dilaporkan sudah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Xavi, baru-baru ini. Mereka mahu legenda kelab tersebut menggantikan Ernesto Valverde sebagai pengurus mereka.

Xavi, yang kini merupakan ketua jurulatih Al Sadd, berjumpa dengan Setiausaha Teknikal pasukan Barcelona iaitu Eric Abidal di Doha.

Barcelona awalnya mahu merancang ingin melantik Xavi pada dua tahun akan datang – sebagai pengurus tetap mereka.

Namun tekanan berlaku ketika Barcelona gagal melepasi cabaran Atletico Madrid dalam saingan separuh akhir Piala Super Sepanyol.

Barcelona tewas 2-3 di tangan Atletico Madrid dalam perlawanan tersebut. Sekaligus gagal membentuk el clasico dalam final.

Ini yang membuatkan Barcelona mahu menyegerakan perlantikan Xavi Hernandez sebagai pengurus baharu.

Masa depan Valverde kini di tangan Xavi. Jika Xavi serius mahukan jawatan di Barcelona, ianya bakal meletakkan Valverde di dalam tekanan selepas ini.

Keputusan yang kurang memuaskan di bawah Valverde sejak beberapa musim ini membuatkan beliau berada dalam tekanan.

Valverde terus dirundung persoalan tentang kemampuannya untuk membantu Barcelona menjuarai semula Liga Juara – Juara Eropah.

Dua musim berturut-turut, Barcelona disingkikrkan di separuh akhir  oleh Roma dan Liverpool walaupun sudah memiliki kelebihan agregat tiga gol.

Namun buat masa ini, Barcelona tidak ada tanda-tanda untuk memecat Ernesto Valverde keana Josep Maria Bartomeu masih memberikan sokongan kepada pengurus itu.

Xavi masih belum memberikan kata putus di atas tawaran yang diberikan oleh Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN