Kurniaan Semulajadi Dan Hasil Kerja Keras Beri Kelebihan Buat Ljuba Baranin

Ljuba Baranin

Kelibat pemain import Kuantan FA, Ljuba Baranin sering menjadi tumpuan pada setiap perlawanan.

Pemain berasal dari Belgrade, Serbia ini mampu memukau para penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan di Liga Perdana itu dengan kualiti lontaran ke dalam seperti yang dilakukan bekas pemain Stoke City, Rory Delap.

Dilahirkan pada 28 Ogos 1986, Baranin mempunyai kemahiran yang luar biasa dan tidak ramai pemain mampu melakukan sepertinya apabila berkeupayaan untuk melakukan lontaran jauh yang seolah-olah rembatan.

Beliau yang sebelum ini beraksi bersama FK Radnik Surdulica dalam saingan Liga Super Serbia mengambil keputusan untuk mengembangkan kariernya di Malaysia dan menandatangani kontrak bersama Kuantan FA pada musim lalu.

Selepas beraksi dua musim bersama pasukan yang berpengkalan di Kuantan itu, Baranin telah berjaya menghasilkan 13 jaringan dan 26 bantuan jaringan dalam 46 perlawanan yang dilaluinya bersama kelab tersebut.

Baranin sebelum ini bertindak sebagai pemain pertahanan tengah namun ekoran masalah kewangan yang dihadapi Kuantan FA musim ini untuk mendapatkan pemain import, menyebabkan beliau turut diturunkan sebagai pemain penyerang.

Langkah tersebut membuahkan hasil apabila beliau berjaya mencetak 10 gol dalam saingan Liga Perdana 2017 walaupun pasukan dan para pemain Kuantan FA kini sedang dirundung masalah yang kian meruncing berkenaan masalah kewangan dan gaji.

Sifat kelebihan semulajadi yang diasah dengan latihan

Beliau yang dihubungi SemuanyaBOLA untuk mengulas serba sedikit mengenai kelebihan yang dimilikinya, Baranin tidak keberatan untuk berkongsikan mengenai kelebihannya itu.

”Kelebihan yang saya miliki ini 70% adalah bersifat semulajadi manakala 30% datangnya dari hasil kerja keras dan latihan yang saya praktikkan setiap hari.”

”Saya melakukannya (latihan) setiap hari di gimnasium dan turut membuat latihan pemulihan bagi bahu saya.”

”Yang paling utama adalah untuk menguatkan otot di bahagian perut dan membuatkan perut anda menjadi kuat kerana segala-galanya akan bermula dari perut yang kuat.”

Ljuba Baranin turut berkongsikan saat pertama beliau mula mengenalpasti kelebihan yang dimilikinya dalam satu perlawanan ketika beliau di bangku persekolahan.

”Saya mula mengesannya ketika berusia 14 tahun, dalam satu perlawanan dan saya melakukan lontaran ke dalam. Saya mengambil bola dan membuat lontaran yang jauh. Ianya sangat mengejutkan saya.”

Di sebalik lontaran jauh dan padu yang dilakukannya pasti akan mendedahkannya dengan risiko untuk mengalami kecederaan bahu dan beliau sendiri mengakui keadaan tersebut.

”Apabila saya membaling 10 lontaran ke dalam setiap perlawanan, saya akan mengalami kesakitan pada bahagian bahu selepas perlawanan berakhir.”

”Saya bercakap dengan Doktor pasukan mengenai masalah ini dan dia memberikan nasihat kepada saya supaya pergi ke gimnasium dan lakukan latihan yang dapat membuatkan bahu saya menjadi lebih kuat.”

Aksi lontaran yang dilakukan Baranin turut mendapat perhatian akhbar terkenal, Mirror UK yang memperkatakan mengenai kehebatan lontaran yang dimiliki Baranin itu.

Beliau mendapat perhatian dari akhbar, Mirror UK pada tahun 2015

Antara aksi lontaran ke dalam yang dilakukan oleh Ljuba Baranin

Kredit foto : Utusan Online

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN