Max Allegri Kecewa Dengan Corak Permainan Douglas Costa

Bos Juventus Max Allegri dilaporkan tidak gembira dengan prestasi Douglas Costa buat masa ini. Costa tiba di Turin secara pinjaman dari Bayern Munich.

Juventus membayar bayaran pinjaman bernilai €6 juta dengan opsyen pembelian tetap €40 juta.

Pemain ini sebelum ini cemerlang bersama Bayern Munich pada 2 musim yang lalu. Tetapi musim lalu berlaku sedikit penurunan prestasi.

Namun Juventus berusaha mendapatkan Costa secara pinjaman kerana percaya mereka mampu membantu pemain tersebut.

Buat masa ini, Douglas Costa gagal melakukan sebarang bantuan gol mahupun gol untuk Juventus. ​Beliau sudah bermain 8 perlawanan dengan 391 minit. Max Allegri masih belum melihat aksi terbaik daripada Douglas Costa.

Allegri memberitahu yang beliau tidak memandang kepada skil mahupun gelecekan pemain. Sebaliknya beliau mementingkan seorang pemain sayap yang boleh bermain sebagai pemain pasukan (team player).

Seorang pemain sayap yang tipikal ‘team player’ perlu rajin membantu barisan pertahanan bukannya berada di bahagian atas setiap masa.

Buat masa ini, Douglas Costa masih tidak menunjukkan aksi yang benar-benar efektif secara bertahan di dalam padang. Selain daripada gagal menyumbang lebih banyak ketika bertahan beliau juga gagal menjaringkan gol mahupun membantu mencipta gol.

Max Allegri berharap selepas minggu antarabangsa ini, Douglas Costa akan memperbaiki aksi beliau. Allegri risau, dengan kualiti yang ada dimiliki oleh Juventus, Costa akan kehilangan tempat di dalam pasukan utama.

Musim lalu, Allegri menggunakan Mandzukic sebagai pemain sayap kerana pemain itu rajin turun bertahan walaupun beliau tidak laju dan memiliki skil kaki yang pantas.

Massimiliano Allegri, Mario Mandzukic
(Photo by Gabriele Maricchiolo/NurPhoto via Getty Images)

Nampaknya, Douglas Costa perlu meningkatkan lagi aspek permainan berpasukan beliau selepas ini.

Sumber

Calciomerto – http://www.calciomercato.com/en/news/allegri-not-impressed-by-new-juventus-signing-68419

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN