Beberapa tahun sebelum ini, Liga Malaysia (Liga-M) seringkali berdepan dengan isu pemain import tidak berkualiti yang sebahagiannya diambil dan ditawarkan dengan gaji yang tinggi tanpa mengetahui kemampuan mereka yang sebenar.
Ada yang disingkirkan selepas beraksi hanya beberapa perlawanan kerana prestasi yang tidak mencapai tahap yang dimahukan dan ada juga yang sebenarnya telah mengalami kecederaan sekadar menjadikan pasukan Liga-M sebagai tempat untuk ‘berehat’.
Lebih teruk lagi adalah sikap ‘biar papa asal bergaya’ beberapa pasukan Liga-M yang begitu ‘ghairah’ mendapatkan pemain-pemain import yang sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar untuk menampung pembayaran gaji mereka walaupun menyedari kantung kewangan yang tidak kukuh.
Melaka United: Contoh Budaya Biar Papa Asal Bergaya Dalam Liga Malaysia
Sekalipun kita tahu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menetapkan kuota lima pemain import untuk Liga Super dan empat pemain import bagi Liga Premier, ianya bukanlah bermaksud setiap pasukan ‘wajib’ memenuhi kuota tersebut.
Ukur baju di badan sendiri
Apa yang menjadi persoalan adalah, mengapa pasukan-pasukan yang sedang menghadapi isu kewangan terutamanya melibatkan masalah gaji tertunggak sehingga jutaan ringgit masih bersikap ‘tidak sedar diri’ dengan memburu pemain-pemain import baharu?
Tempoh hari apabila Semuanya BOLA menerbitkan sebuah artikel mengenai sikap ‘buat kerja asal boleh’ pengurusan pasukan Kedah dengan pengambilan Dennis Buschening, terdapat banyak netizen yang ‘melenting’.
Pengambilan Dennis Buschening Bukti Pengurusan Kedah Buat Kerja Asal Boleh, Kontang Idea
Dalam artikel tersebut telah dinyatakan bahawa pemain yang direkrut menggunakan kuota pemain import Asia Tenggara (ASEAN) itu langsung tidak pernah dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan Thailand.
Sedangkan menurut Manual Pertandingan Liga Malaysia 2018, pemain import ASEAN yang ingin beraksi dalam saingan Liga Malaysia harus memiliki sekurang-kurangnya 30 kaps bersama pasukan kebangsaan masing-masing.
Kaps mereka juga perlu mendapat pengesahan dari persatuan bola sepak negara mereka sebelum boleh didaftarkan secara automatik ke dalam pasukan.
Bagi pemain yang tampil kurang daripada 30 kali untuk pasukan negara masing-masing, pemain import ASEAN tersebut hanya dibenarkan beraksi di Liga Malaysia selepas mendapat pelepasan daripada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
📸 Anumanthan Mohan Kumar, pemain import baharu kuota Asean pasukan KDA FC turut turun menjalani ujian kecergasan pra-musim pasukan dibawah seliaan staf MSN Kedah di Kompleks MSN Kedah, Alor Setar. #kdafc #pramusim #AMK6 pic.twitter.com/HJsS2H6pxq
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 9, 2021
Manual tersebut adalah bertujuan untuk memastikan prestij Liga-M dapat dipelihara agar pemain import yang dibawa masuk kualitinya tidaklah lebih rendah dari pemain tempatan.
Sedangkan masih ramai pemain tempatan yang masih boleh diambil untuk beraksi terutamanya pemain-pemain yang lahir daripada sistem pembangunan akar umbi pasukan itu sendiri yang boleh diikat dengan gaji yang lebih berpatutan.
Buatan Malaysia
Salah satu kaedah untuk mengurangkan perbelanjaan pasukan adalah dengan meminimumkan kos operasi terutamanya melibatkan pembayaran gaji pemain skuad utama dan semua orang tahu gaji pemain import ini pastinya jauh lebih tinggi berbanding pemain tempatan.
Kenapa perlu beriya-iya mengambil pemain import yang belum terbukti pun kemampuannya? Lebih teruk lagi ada juga pemain import yang gagal bersama pasukan Liga-M ‘dikitar semula’ oleh pasukan Liga-M yang lain untuk didaftarkan.
Ejen pemain, Sherif Shekoo mengesahkan bahawa penyerang dari Ghana, Nana Poku sah menyertai Perak sebagai pemain import keempat pasukan tersebut.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/UizuXYeCON
— Sukanz. (@sukanzcom) May 3, 2021
Apabila gagal menyerlah dan tidak beraksi seperti yang diharapkan, kononnya ditamatkan kontrak lebih awal dan kemudiannya dapatkan pula pemain import baharu.
Sedangkan kontrak pemain import yang disingkirkan itu jelas tercatat gajinya perlu dijelaskan sehingga penghujung musim dan apabila kes dibawa ke FIFA, akhirnya pasuakn itu didenda dan terus dibebani dengan hutang yang lebih tinggi.
Pendekatan yang diambil oleh Petaling Jaya City untuk menggunakan 100 peratus khidmat pemain tempatan bermula musim lalu seharusnya menjadi contoh buat pasukan-pasukan Liga-M yang lain.
Musim ini juga, skuad kendalian P. Maniam itu terus berpegang pada slogan #YakiniLokal dengan menandatangani tujuh pemain tempatan.
Antara pemain baharu yang dibawa masuk adalah Muhammad Azfa Arif Mohd Sukri (UiTM) Aroon Kumar, R. Barathkumar (Negeri Sembilan), Mohamad Nasir Basharudin (Terengganu), S. Kumaahran (Johor Darul Ta’zim), Marcus Mah (Penang) dan A. Shivan Pillay (Selangor).
Pencapaian pada musim lalu dengan menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh sudah dianggap cukup baik tanpa sebarang pemain import. Musim ini mereka telah mensasarkan berada di kedudukan lima terbaik.