Kuching City Waspada Ancaman TFC II Dalam Aksi Sulung

Kuching City FC Irfan Bakti

Menjadi satu-satunya pasukan yang belum beraksi dalam aksi Liga Premier, Kuching City tidak melihatnya sebagai satu kelebihan buat mereka yang akan berdepan Terengganu FC (TFC) II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada Rabu ini.

Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim tidak mahu anak buahnya mengambil mudah perlawanan menentang pasukan pantai timur tersebut yang meraih kemenangan pertama mereka.

Kemenangan besar 4-0 pasukan TFC II ke atas Skuad Projek FAM-MSN pada Sabtu lalu merupakan petanda jelas bahawa skuad kendalian Roshaidi Wahab itu tidak boleh dipandang mudah walaupun sekadar pasukan simpanan.

Walaupun mempunyai kelebihan dari segi kecergasan, Irfan mahu semua pemainnya tidak leka sepanjang 90 minit perlawanan bagi memastikan mereka tidak tersungkur dan mengutip mata sulung mereka bagi musim baharu ini.

“Setakat ini, komitmen setiap pemain dalam latihan cukup baik dan memenuhi apa yang diinginkan olehnya selaku jurulatih baharu dan beliau percaya skuad yang dibentuk pada musim ini mampu mencipta kejutan,” ujar Irfan dalam temubualnya bersama Media MFL.

Musim lalu Kuching City membuat kejutan apabila menamatkan saingan liga di kedudukan keempat dalam musim pertama mereka di saingan Liga Premier.

Sekalipun tanpa deretan pemain bintang, ia tidak menghalang kelab dari Kepulauan Borneo tersebut untuk bercita-cita untuk menjuarai liga atau sekurang-kurangnya layak ke saingan Liga Super.

Selepas bertemu Terengganu, Kuching City akan meneruskan tiga perlawanan di Semenanjung Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II di Larkin, Sarawak United di Stadium Hang Jebat dan PDRM di Stadium Cheras.

Semua aksi di ‘tempat sendiri’ pula akan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu ekoran prosedur operasi standard (SOP) kerajaan Sarawak yang mewajibkan kuarantin 14 hari untuk mana-mana individu yang berkunjung ke negeri berkenaan.

Kredit Foto: Kuching City FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Tanpa Renan Alves & Syazwan Tajudin, Kedah Buat Rombakan Di Benteng Lagi

Insiden Tolak Pengadil: Subkhiddin Salahkan Jack Hindle, Pengadil

Adakah Oliver Buff Mampu Ulangi Sentuhan Impresif Berdepan Terengganu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN