Kuching City Miliki Peluang Untuk Cipta Kejutan Atasi Sri Pahang

Kuching City bakal menghadapi aksi getir pada hari ini untuk berdepan cabaran Sri Pahang bagi persaingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Makmur (SDM), dalam usaha mereka mencari kemenangan kedua musim ini.

Tampil buat pertama kali dalam saingan Liga Super, segalanya tampak sukar buat pasukan tersebut untuk cepat menyesuaikan diri dengan mereka hanya meraih satu kemenangan sahaja daripada 20 perlawanan dilalui.

Walaupun begitu, Kuching City kini dilihat tampil dengan lebih stabil selepas beberapa rombakan dibuat pasukan tersebut sehingga mereka berjaya mengatasi Kedah Darul Aman (Kedah) untuk aksi suku akhir pertama Challenge Cup beberapa hari lalu.

Rentetan kemenangan tersebut pastinya kini berjaya menaikkan kembali motivasi skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu untuk cuba mencipta kejutan seterusnya pula dengan berhadapan Sri Pahang.

Status semasa Sri Pahang kini juga tidak begitu baik selepas mereka telah pun tersingkir pada aksi suku akhir Piala Malaysia 2023 di tangan Kuala Lumpur City (KL City) menerusi keputusan agregat 1-2.

Hadir dengan aksi cukup tidak konsisten di atas padang, Sri Pahang jelas perlu mencipta kembali kebangkitan jika mereka mahu terus bersaing di kedudukan atas Liga Super 2023.

Fandi Ahmad juga perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah fokus para pemain sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung, kerana ia turut dianggap sebagai faktor mengapa Sri Pahang tidak konsisten kebelakangan ini.

Melihat kepada situasi semasa lawan, pastinya ini menjadi peluang keemasan buat Kuching City sendiri untuk cuba mencipta kejutan di gelanggang lawan sekali gus menceriakan kembali para penyokong mereka.

Bawah kendalian Aidil Sharin Sahak, pasukan tersebut perlahan-lahan kembali mencapai rentak permainan lebih konsisten di atas padang selain sentuhan import yang memberi impak cukup besar.

Kelibat penyerang import mereka musim ini, Abu Kamara pastinya akan terus menjadi tumpuan utama buat pelawat selepas ketajamannya sekali lagi dibuktikan ketika Kuching City menewaskan Kedah pada aksi lalu.

Kamara yang memasuki musim kedua bersama Kuching City boleh dianggap sebagai antara kunci utama kekuatan pasukan tersebut khususnya menerusi ketajaman serta kreativiti beliau merencana serangan.

Pertahanan Sri Pahang perlu berwaspada akan kelincahan pemain ini, kerana peratus Kamara untuk meledak gol jika mendapat sedikit ruang sangat tinggi.

Apapun, dijangka aksi bakal berlangsung dengan sangat sengit kerana masing-masing sudah tentu memasang impian bagi mendapatkan tiga mata penting untuk memperbaiki kedudukan semasa mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN