Kuching City Bakal Cipta Rombakan Lebih Besar Pada Musim Depan?

Kuching City dijangka bakal membuat beberapa rombakan baharu dalam kalangan pemain mereka untuk tampil lebih menyakinkan bagi saingan musim hadapan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

Buat pertama kali beraksi dalam saingan Liga Super musim ini, jelas Kuching mengalami masalah daripada segi konsistensi untuk memberi cabaran lebih baik buat pasukan-pasukan lawan.

Ketika ini, Kuching City sudah pun mengesahkan kedudukan mereka di tangga ke-13 Liga Super dengan 12 mata terkumpul hasil kemenangan terakhir mereka mengatasi Negeri Sembilan.

Walaupun sedikit perlahan dalam saingan liga, kejutan tetap berjaya dilakar Kuching City selepas mereka melayakkan diri ke pentas akhir Challenge Cup 2023 sebelum mencipta kekalahan di tangan PDRM menerusi keputusan agregat 1-4.

Kemasukan Aidil Sharin Sahak selaku pengendali baharu Kuching City dianggap sesuatu yang bagus buat pasukan tersebut menerusi pengalaman luas dimiliki beliau dalam arena bola sepak Malaysia.

Rekod cemerlang beliau bersama Kedah Darul Aman (Kedah) lalu jelas memainkan peranan penting kini buat Kuching City yang perlahan-lahan kembali membentuk identiti lebih menyakinkan di atas padang.

Untuk saingan musim hadapan, beberapa laporan menyatakan pasukan tersebut kini sedang aktif untuk menandatangani pemain baharu bagi memperkukuhkan di segenap posisi.

Menurut wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran, beliau menyatakan bekas pertahanan kental Kedah, Rodney Celvin Akwensivie, Tchetche Kipre, serta Azim Al-Amin antara bakal ditandatangani pasukan tersebut.

Jika dilihat pada senarai nama itu, dua daripadanya pernah bekerjasama dengan Aidil ketika beliau menjadi pengendali Kedah iaitu Kipre serta Rodney Celvin.

Manakala Azim pula merupakan antara penjaga gol muda Kuala Lumpur City kini yang semakin meningkat naik dan telah pun beraksi di kem kebangsaan bawah 23 (B-23) tahun ini.

Posisi pertahanan menjadi antara masalah terbesar buat Kuching City musim ini selepas mereka tidak mempunyai pemain tempatan berkualiti untuk dibawa turun beraksi.

Kehadiran Rodney dianggap mampu menyelesaikan isu tersebut kalau dilihat pada pengalamannya sebelum ini dalam saingan Liga Super terutama sekali ketika mewakili Sang Kenari selama beberapa musim.

Untuk posisi serangan, berkemungkinan besar Pedro Henrique mungkin akan disingkirkan selepas impak dibawa beliau kurang memberansangkan untuk memberi nafas baharu menerusi gandingan Kipre bersama bintang mereka, Abu Kamara.

Selain itu, beberapa nama pemain berprofil tinggi lain juga kini turut dikaitkan bakal menyertai Kuching City untuk saingan musim depan.

Apapun, ianya masih lagi sekadar ‘rumour’ dan pasukan tersebut belum menyatakan secara rasmi pemain-pemain baharu akan ditandatangani mereka musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN