Kuantan FA Pertikaikan Keputusan FAM Arah Bayar Tunggakan Gaji

Kelmarin Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahkan tiga pasukan iaitu Kuantan FA, Perlis dan PJ Rangers menjelaskan tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak kepada pemain masing-masing yang berjumlah keseluruhan lebih RM1 juta.

Daripada 3 pasukan itu, Kuantan FA yang beraksi di Liga Premier musim lepas menanggung tunggakan gaji pemain paling tinggi apabila pasukan berkenaan diarahkan menjelaskan tunggakan gaji berjumlah RM763,062 kepada 24 bekas pemainnya.

Kuantan FA juga merupakan antara pasukan yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan. Sumber: FMLLP, Facebook.

Mengulas mengenai isu tersebut kepada Berita Harian, Timbalan Presiden Kuantan FA, Datuk Wan Solihin Wan Hassan tampil mempertikaikan keputusan FAM yang mengarahkan mereka membayar tunggakan gaji kerana pasukan itu sudah pun digugurkan daripada saingan Liga Malaysia.

“FAM minta kami bayar tunggakan gaji pemain, bukan kami tak mahu bayar tapi soalnya di sini, bagaimana kami nak bayar sedangkan pasukan Kuantan FA sudah digantung. Bagaimana kami nak dapatkan duit untuk bayar?

“Pada saya ini keputusan tak logik. Kalau kami tak bayar, mereka akan ambil tindakan, tindakan apa lagi yang mereka nak ambil jika mereka sudah gantung Kuantan FA?

“Jika FAM mahu bawa perkara ini ke mahkamah, kami bersedia jumpa di mahkamah,” kata Wan Solihin seperti dipetik dalam Berita Harian.

Bekas jurulatih Kuantan FA, Ismail Zakari bersama beberapa pemain Kuantan FA mengadakan sidang media bulan lepas menjelaskan situasi mereka.

Menurut FAM, 3 pasukan ini diberikan tempoh selama 30 hari untuk menyelesaikan segala tuntutan bagi mengelak perkara itu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM.

Wan Solihin menjelaskan, masalah itu dapat dielakkan jika MFL boleh memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan penajaan baharu.

“Kita berusaha sebelum ini untuk membayar gaji pemain dengan mendapatkan penaja baru, tapi bila kita nak tandatangani kontrak dengan penaja baru, mereka (MFL) gantung kami, jadi mana kami nak cari duit?

“Sekarang terpulang kepada FAM untuk ambil tindakan, bukan kami tak nak bayar tapi kami sudah tidak ada sumber kewangan lagi,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN