Trivia : 6 Fakta Menarik Yang Terjadi Dalam Piala Dunia 1954

Piala Dunia 1954 telah diadakan di Switzerland bermula 16 Jun sehingga 4 Julai.

Dalam edisi ke-5 Piala Dunia ini, Jerman Barat yang sebelum itu tidak dibenarkan menyertai edisi yang lalu di Brazil kerana pelibatan mereka dalam Perang Dunia ke-ll telah berjaya mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan.

Terdapat 6 fakta menarik yang ingin kami kongsikan untuk edisi Piala Dunia 1954.

1. Piala Dunia pertama yang disiarkan di kaca televisyen

Walaupun dunia masih terkesan dengan krisis Perang Dunia ke-ll, edisi Piala Dunia 1954 telah berjaya dipromosikan di kaca televisyen.

Buat kali pertama, Kesatuan Peyiaran Eropah telah melancarkan rancangan kejohanan terbesar bolasepak di dunia itu untuk disiarkan di kaca televisyen.

First broadcast on television in 1954

Satu usahasama dengan pihak FIFA telah berjaya mengalihkan perhatian kuasa-kuasa besar dunia dari peperangan kearah sukan bolasepak.

Continental Television Exchange merupakan sebuah syarikat yang berperanan melancarkan program televisyen yang melibatkan kejohanan Piala Dunia di Switzeland ketika itu.

2. Hanya 13 pemain dalam skuad Scotland

Selepas menolak untuk beraksi dalam kempen Piala Dunia 1950, Scotland tampil dengan misi mereka untuk beraksi dalam Piala Dunia buat kali pertama.

Scotland yang ketika itu dibimbing oleh Andy Beattie telah menyenaraikan hanya 13 pemain dalam skuadnya.

Namun, FIFA tidak membenarkan Scotland untuk beraksi dalam edisi tersebut disebabkan kekurangan pemain dalam pasukan. Kongres FIFA telah meletakkan syarat kejohanan, dimana setiap penyertaan, pengurusan wajib menyenaraikan sekurang-kurangnya 22 pemain dalam pasukan.

From left to right, Scotland manager Andy Beattie with John White, Graham Leggat

Andy Beattie tetap dengan pendiriannya untuk membawa hanya 13 pemain ke Switzeland. Beberapa negara telah mengkritik tindakan Beattie yang dianggap melanggar syarat kejohanan.

Pemain-pemain Scotland turut memberikan bantahan dan desakan kepada Beattie agar beliau menambah beberapa lagi pemain kedalam skuad.

Hal ini bertujuan bagi memastikan pemain mendapat rehat yang secukupnya dan mengelakkan berlakunya kecederaan kepada pemain dalam pasukan.

Akhirnya, Beattie memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai jurulatih Scotland selepas pasukanya tewas 0-1 keatas Austria.

Info Tambahan : Berikut 13 pemain yang mewakili Scotland pada edisi Piala Dunia 1954;  Fred Martin (Aberdeen), Willie Cunninghan (Preston North End), Jock Aird (Burnley), Bobby Evans (Celtic), Tommy Docherty (Preston North End), Jimmy Davidson (Partick Thistle), Doug Cowie (Dundee), John Mackenzie (Partick Thistle), George Hamilton (Aberdeen), Allan Brown (Blackpool), Neil Mochan (Celtic), Willie Fernie (Celtic), dan Willie Ormond (Hibs)

3. Format perlawanan berbeza untuk Piala Dunia 1954

Svájc, Fritz Walter és Puskás Ferenc /j2/ az elsõ Magyarország-NSZK mérkõzés elõtt.
(MTI/ )

Dalam setiap edisi Piala Dunia sebelumnya, terdapat beberapa format perlawanan yang berbeza.

Bagi edisi 1954, jika perlawanan berakhir dengan keputusan seri, kedua-dua pasukan harus beraksi dalam masa tambahan yang diberikan selama 30 minit.

Jika dalam masa tambahan tiada sebarang gol yang berjaya dihasilkan dan keputusan masih tidak berubah, perlawanan tersebut berakhir dengan seri.

Perlawanan ulangan akan diadakan bagi penentuan kejuaraan.

Info Tambahan : Perlawanan akhir Piala Dunia 1954 menyaksikan Jerman Barat berjaya menewaskan Hungary dengan keputusan 3-2.

4. Tuan rumah patahkan rekod “the Miracle of Bern”

Hungary merupakan antara negara terawal yang menyertai edisi Piala dunia sejak 1934, dan mereka sekali lagi berjaya mencipta sejarah gemilang di edisi 1954.

Pasukan kebangsaan Hungary berjaya mempamerkan persembahan yang cemerlang sepanjang kejohanan. Mereka telah mencipta rekod dengan menjadi pasukan yang menjaringkan gol paling banyak, iaitu 27 gol.

FIFA President and world football architect and supremo Jules Rimet pays homage to Ferenc Puskas prior to the 1954 World Cup Final as the greatest

Pemain Hungary, Ferenc Puskas juga dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Hungary berjaya ke pentas akhir Piala Dunia buat kali kedua dan menjadi pencabar kepada Jerman Barat. Nasib tidak menyebelahi mereka selepas tewas dengan jaringan tipis 2-3

Info Tambahan : Hungary telah mencipta rekod tanpa sebarang kekalahan dalam 32 perlawanan yang dihadapi mereka untuk tempoh selama empat tahun sebelum mereka tewas keatas Jerman Barat.

5. Austria pemenang pertama penentuan tempat ketiga Piala Dunia


Di Piala Dunia 2014, Belanda berjaya memenangi tempat ketiga selepas mengalahkan pasukan tuan rumah tiga gol tanpa balas.

Asal-usul penentuan tempat ketiga kejohanan Piala Dunia berasal dari Piala Dunia 1954.

FIFA ketika itu telah mengumumkan format baru bagi penentuan tempat ketiga dalam kejohanan ini.

Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Austria selepas menewaskan Uruguay 3-1. Perlawanan diadakan di Hardturm Stadium, Zürich.

6. Penampilan pertama dalam Piala Dunia 1954

Mengambil bahagian dalam Piala Dunia adalah impian setiap negara. Piala Dunia 1954 merupakan penampilan yang pertama buat beberapa negara, seperti Turki, Austria, Scotland dan Korea Selatan.

Turki diundi bersama Sepanyol dan Belanda dalam kumpulan 6.  Belanda telah menarik diri dari peringkat kelayakan. Turki berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan sepanyol dalam perlawanan penentuan.

Action from the 1954 FIFA World Cup qualifier between Japan and Korea Republic in Tokyo.

Manakala Korea Selatan berjaya menewaskan Jepun dalam perlawanan kelayakan kumpulan 13.

Austria turut berjaya layak ke Piala Dunia selepas menewaskan Portugal 9-1.

Info Tambahan : Korea Selatan merupakan satu-satunya negara yang mewakili Benua Asia di Piala Dunia 1954.

Penutup

Anda mempunyai fakta atau trivia menarik untuk dikongsikan mengenai Piala Dunia 1954?

Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN